Pernah tak korang rasa nak jauhkan diri dari orang tu. Tapi amat susah nk lakukan. Kdg-kdg makin kita nak jauhkan, makin dekat pulak. Sampai satu tahap aku rasa nak pindah luar negara, putuskan hubungan ngan laman sosial kecuali blog selenge ni je.
Ah ah. Sampai camtu sekali. Hahaha. Tapi aku bukan pendek akal lah. Hati yang kena cekal. Tak perlu nak buat benda tu semua. Ini kan ujian sebenarnya. Lagipun saya kuat. Aku yakin aku mampu tempuhi semua ni cuma masa je yang aku perlukan. Tak boleh nak rushing. And once aku da berjaya, kebahagiaan dan ketenangan pasti menemani. ^_^ .
Dan tadi seorang sahabat mesej aku. Sungguh, kisah aku mmg hampir sama dengan kisahnya. Dia bgtau yang dia hampir nak contact seseorang yang telah dia tinggalkan. Dia membuat keputusan utk tinggalkan selepas puas berfikir dan dia yakin dia takkan bahagia dengan lelaki tu. Menjadikan aku juga telah membuka pekung sendiri bila aku cakap kisah aku hampir dengan kisah dia. Seperti biasa aku cuba tenangkan dia walaupun aku sendiri tak tenang. Hahaha. Ayt yg sesuai boleh tahan mcm ni lah, "Kau ni cakap bajet mcm kau hebat sgt la kan." Tak adalah. Aku pun sedang cuba, dah aku harap ade org yang sama-sama mencuba bersusah payah mcm aku.
Mcm yg aku ckp, aku tinggalkan seorang lelaki. Eh, bukan tinggalkan lah, aku menjarakkan diri. Means, bukan aku tidak akan contact dia lagi. InsyaAllah, ada rezeki aku akan hadap semua ni hanya bila aku betul-betul yakin yang aku boleh bahagia tanpa dia. So dengan itu bila aku dah betul-betul bahagia dengan seseorang ni maka aku akan kembali menjadi aku yang dulu. Dan kami akan berkawan semula. Serius lah, bukan senang nak buat semua ni. Aku ambik masa bertahun memikir. Masa kami tengah rapat pun aku sentiasa berpikir, tenung muka dia dan kumpul segala kekuatan untuk membuat keputusan.
Byk benda yang memang betul-betul takleh buat aku lupakan dia. Pompuan memang lembik lah. Maaf, bukan semua tapi pompuan mcm aku ni. Hati senang cair. Selalu ikut cakap hati dan bukan otak. Tapi selalu nya sebab ikut hati yang akhirnye merana. Hati yang kau ikut sgt tu lah jugak yang merana. Aku tau ending kami akan jd mcm ni jugak at last. Jadi aku mula sedar, aku kena bertindak kalau dia yang tak buat apa-apa. So dari menunggu dan hati makin pedih dalam senyuman, baik aku ambik keputusan ni sekarang. Dan keputusan yang aku buat ni, aku ngaku memang buat hati aku tenang dalam tangisan.
Ramai kawan-kawan aku saport keputusan aku. Kenapa? Biarlah aku dan mereka je yang tahu kenapa aku perlu buat mcm ni. Untuk kepentingan aku, dia dan semua orang. Dan aku doakan kami bahagia dengan jalan yang aku pilih. Jalan yang aku pilih? Sebenarnya jalan ni yang kami pilih dari awal. Tapi tak mampu nak buat. Alhamdulillah, berjaya pun aku buat. Sebenarnya aku mampu. Aku taklah lembik sgt. Hati aku kukuh. Memang kena selalu berpegang pada Allah untuk ubat hati ni. Aku syukur semua ni jadi sebab dengan cara ni aku boleh dekatkan diri aku dengan Allah. Kalau tak aku memang lalai.
^_^
Friday, December 14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
kalau korang baik, jangan kutuk aku ::