Tuesday, November 18

Apa terjadi bila purse aku hilang?

Assalammualaikum... 



Selamat malam. 

Dalam hidup ni, mcm-mcm terjadi kat diri kita. Ada kes curang, kematian, accident, malapetaka dan sebagainya. Begitulah hidup aku. Bervariasi. 

Sob sob sob... Tapi aku anggap ni ujian.. Sebab aku pun dah lama lagha dengan segala dunia bagai ni. Tau nak enjoy je hari-hari. Belajar malas!! Puih!

Hari ahad hari tu, aku ponteng lab [ dah seminggu jugak aku tak datang lab, harap SV tak cari aku ]. Aku pun pegi Jusco Tebrau City menemani kawan aku yang kempunan nak cadar patchwork. Aku pun nak jenjalan kot2 kalau berkenan satu cadar nak angkut lah jugak. Makanya hari itu aku drive. Agak jem lah nak ke Jusco sebab hujan. Nak cari parking punya lah payah. Dekat setengah jam pusing-pusing. Gagal memanjang. Takde luck. So decide utk parking tak berbumbung je. 

Juco Tebrau ada buat booth banyak type kat kawasan lapang tengah-tengah Jusco. Yang selalu kosong je tu sepanjang susur dari southern ke centre and ke north. Yang kat centre tu sah-sah la ade event duk jual sportrim bagai. So kitorang jalan-jalan cuci mata dulu. 

Aku pun singgah la Poh Kong nak usyar emas. Sekali kawan aku racun-racun, eh, terbeli pulak. Beli yang murah je la. Sebab dah terbekenan. Mase ni mane lah nak tau kejadian malang bakal berlaku. Muke banyak happy keluar dari Poh Kong dengan emas baru di tangan. Aku bayar pun pakai debit card. Tawar cm saiko kat manager Poh Kong tu sbb nak beli Paris. So harus la gembira bila dapat murah. 

Then tiba masanya nak ushar cadar patchwork. Kawan aku nak cucuk duit. Emm. Aku pun nak check baki lah. Bape sen je la tinggal duit aku kat bank. Aku tak jadi keluarkan duit sebab aku rasa cash dlm purse aku ade lagi RM100 lbh. Aku pulak tak bercadang nak beli cadar tu sbb baru je lepas mencanai duit kat Poh Kong. Semasa menuju ke booth cadar tu, kitorang singgah lah kedai Cotton On usyar barang. Tengok-tengok dalam 2 minit lepas tu chow. Booth cadar tu selang satu or dua kedai je dari Cotton On. 

Sesampainya di booth tu, kami ni dengan rakusnya mengirai cadar-cadar dengan jakun. Semua corak cantik-cantik. Hoi perempuan memang tak tahan tengok menda-menda gini. Rambang mata siot. Aku pulak lah racun kawan aku suruh amek yang patchwork mahal tu. [Tadi ko racun aku suruh beli emas kan]. Tapi cadar tu serius lawa. Mahal sebab dia betul-betul patchwork yang kain-kain perca sambung-sambung pastu jahit. Kain pun lembut sikit. Dah kena RM245 satu set king. Uissh. Then kawan aku bajet nak cadar biasa tu so dia tak cucuk duit extra. Dia pun nak pinjam duit aku dulu. Aku pun memula dah rambang mata macam gila-gila nak beli tak bleh tahan dah. Tapi pikir-pikir nanti lah next month. Sabar lah bebanyak Farahin oi. Mase nak bagi kawan aku pinjam, aku check purse aku dah lesap. Oh mai. Oh mai oh mai oh mai...!!!!! Mane purse aku? Mane? Aku kirai-kirai barang-barang dlm bag aku yang berlambak barang mekap charger segala semua ada. Serius takde! Takkan lah? Takkan jatuh? Takkan tertinggal kat ATM? 

Aku pun cakap kat kawan aku, "Purse aku dah xde!". Suasana sah-sah gamat kejap. Aku dah sikit lagi nak pitam. Berpinar jap mata. Tak pernah lagi aku hilang purse dalam hidup. Oh mai. Ya Allah rosai bukan main. Aku pun kirai cadar-cadar kat booth tu. Cari kat celah-celah bungkusan cadar. Segala ceruk cari dah. Aku harap dia jatuh masa aku fanatik sangat kirai lipat kirai lipat cadar tu semua. Sah takde. Aku pun menyusur kat jalan yang aku lalu sepanjang ATM ground floor ke booth tu. Tak jauh pun. Kawan aku cucuk duit sbb nak beli cadar tu. Aku pun masuk dalam kedai Cotton On kot-kot ada terjatuh ke. Dah puas cari. Memang takde. Pegi kat ATM tu pun tengok-tengok situ kalau ade. Pun tak ade. Wuuuu. Nak nanges rase hati. Dah la purse tu baru pakai dua bulan.

Dalam tu ade RM111 [ aku ingat sebab aku baru lepas pegi ATM and check cash yg aku ade ]. Voucher Jusco RM30 [ Baru lepas redeem kad Jusco bulan sudah tapi tak guna lagi ]. Ade voucher shushi king RM20. Segala kad ATM, IC, lesen memandu. Yang paling sedih dalam tu ada gambar arwah ayah aku & mak aku. Ada tiket bas SP Bumi yang aku simpan mase hari arwah ayah aku meninggal dari Terengganu ke Kuantan. Tiket tu la bukti aku dpt berita ayah dah takde masa dalam bas tu. Yang lain-lain aku tak peduli la. Tak berapa penting. Sedeeyh gila. Rase loser sangat masa tu. Down. Tak pernah purse aku hilang. Tak logik jatuh sebab beg aku jenis kain kanvas lembut & besar. Purse aku pun gemok & berat. Takkan lah takde bunyi kalau jatuh. Takkan lah purse beso gedabak tu aku tak sedar kalau jatuh. Kena mandrem ke ape. Lepas kawan aku dah beli cadar tu, kitorang pun dah cari-cari lagi. Give up. Sah dah hilang. 

Aku and kawan aku pun cari port nak lepak. Call segala bank utk block ATM card. Walaupun duit dalam tu taklah riban-riban, tapi tu lah duit yang aku ada nak teruskan sisa hidup. Lepas dah block semua kad, kitorang pegi kaunter jusco utk buat report kehilangan. Dia suggest aku pegi Balai Polis buat report. Kalau nak tengok CCTV pun kena ada report polis and ada polis escort utk tengok CCTV. Sebelum tu aku ada jumpa guard jusco berbangsa bangla utk mengadu. Tapi dia suggest aku pegi report kat main kaunter lah kan. Masalah bahasa jugak lah dengan beliau. Dah lah tengah sedih. Wuuuu ~

Report Polis

Dah takde mood maka kitorang pun chow. Sambil bebel-bebel ngan kawan aku. Syak segala orang yang ade sekeliling aku. Memang ada la kitorang syak beberapa org yg mencurigakan tapi biarlah antara kitorang je. Cari lah balai polis berhampiran. Call main police station sebab nak tanya balai polis yang paling dekat dengan jusco tebrau kat mana. Dia bagitau kat Taman Setia Indah. Guna lah waze kawan aku cari balai polis. Sesat-sesat bagai dekat bape kali dok tawaf taman tu. 

Eh. Siap jumpa kedai kereta lagi singgah nak tanya pasal wiper aku. Tak padan dengan takde IC kalau kena tangkap mmg jadi PATI dah ni. Bole plak yakin singgah kedai. Duit dah la zero. Sebabnya wiper aku yang macam cipan tu baru-baru ni aku perasan dia tak wipe habis cermin aku. Something wrong. Kat side aku tu ade portion dia tak wipe and aku susah nak nampak jalan kat bahagian area kanan. Abang chinese tu dah nak tutup kedai. Tapi berusaha nak bukak wiper aku namun gagal sebab ketat. Dia suggest pegi kedai kawan dia yg badan besar dekat area Maslee utk setel kes tu. Kitorang pun pegi sane pulak. Dia cakap wiper aku terbalik. Tapi lepas dah berjaya switch pun ghupenye same jugak. Cuma better sikit lah kan. Dia pun pelik. Dia cakap wiper aku memang jenis pendek. Ade jenis panjang. Errrm. Aku pun pelik. Tapi dia tak suggest tukar sbb wiper aku baru lagi. Memang lah!!! Aku baru tukar berapa bulan lepas. Tak kering lagi tahap ikan masin wiper tu. Cuma dulu takde la jadi kes mcm ni. Maka abaikan kisah wiper aku. Tetibe emo teringat wiper aku tu. Stresss. 

Then kitorang pun tawaf lagi ikut waze tu. Ade ke dia bawak kitorang masuk ceruk perumahan last-last batang tiang balai polis tak nampak pun. Puih. Menipu punye mende alah waze. Last-last aku decide berhenti kat petronas. Tak tahan aku ngan kawan aku dedua nak kencing. Sambil tu tanya jalan. Dan-dan je aku parking, ade satu kereta polis park sebelah aku. Eh eh eh. Kebetulannya. Saye nak cari tempat keje encik-encik sebenarnya. Malangnya aku takut nak tanya dia. Aku tanya kaunter Petronas je. Bhahahahaha. [ Aku takde kes jenayah pun ok ]. Tapi tatau kenapa takut tengok inspektor polis. Fobia dari zaman kecik kot org asek dimomokkan dengn polis. Hehehe. So kitorang cari dan cari akhirnya berjumpa. 

Lepas tu aku pun buat lah report kat cik polis berbangsa india yang sopan. Suka lah layanan polis kat situ. Nice je. Logo mesra cepat betul tu i loike! I is setuju. Then dah pot pet pot pet cerita segala. Dia pun dah taip report. Yang akak kat sebelah aku pun duk buat report dia kena tipu dengan penjual online yang juga memeras ugut dia pade masa yang sama utk bank in duit. Dan menipu pulak harga barang kena bayar lebih lagi. So lepas tu  tetiba aku kena bercakap dengan Sarjan Imran dari Balai Polis City Centre. Apekehal? Dia jumpe purse aku ke? Kepala aku duk pikir purse je time tu. Dia tanya aku dah makan ke belum. Aik? Aku cakap belum. Dia tanya aku naik teksi ke kereta. Dengan siapa. Rupanya dia suruh aku datang Balai Polis Centre dekat area City Square area Bazar Karat utk sahkan report tu. Aigooo. Jauhnya. Aku pun tanya la akak polis tu kenapa kena pegi sana. Supaya aku dapat elakkan kena buat pembayaran mase buat IC kat JPN and lesen memandu nanti. Aku pun baru tau. Sebenarnya, kalau buat report polis, kes hilang atas sebab kecuaian, tetap kena bayar kat JPN and JPJ mase buat kad baru. Tapi kes seluk saku ini dikecualikan. Hoi kalau tak terbang lah RM110 and Rm20 nak buat menda alah tu. Aku baru tau kes mcm ni. 

Pengesahan Report Polis (Kali ke-2)

So kena la pergi balai polis centre. Dah la park kat tempat illegal. So kawan aku stay dlm kereta utk mengelakkan 'surat chenta' dari pakcik polis. Aku pun menapak la ke balai polis. Menunggu Sarjan Imran dari mana tah tangkap penjenayah yang baru lepas bunuh orang katanya. Beliau pun borak-borak dengan aku, amek keterangan aku semula and tambah soalan-soalan lain. Sambil tu tanya pasal IPTA aku. Amek course ape. Kolej mana. Hahaha. Nice. Sporting jugak beliau. Aku dalam hati risau kawan aku tepi jalan tu ok ke tak. Kereta aku ok ke tak. Dah la kereta aku manual Kalau ade polis suruh alihkan mcm mana. Tau ke kawan aku bawak manual. Risau. Risau. 

Lepas je siap keterangan tu, aku pun lelaju balik ke kereta. Kawan aku dengan tenangnya online. Dedua dah kebulur. Cari port makan. Kawan aku cakap dia belanja. Terharu sob sob. Dalam keadaan aku tak berduit. Tak de IC, kad atm semua, inilah kawan yang aku harapkan. Aku bersyukur dapat kawan-kawan yang baik semuanya. Alhamdulillah. Dah la tekak teringin nak makan sup hujan-hujan gitu. Kawan aku layankan aje. Makan lah kat Bistro yang baru bukak area Taman Muafakat dekat-dekat dengan Kapten Steamboat. Dah kunyah-kunyah, aku decide tido umah kawan aku supaya esoknya boleh bangun awal utk pegi JPN and setelkan semua. 

Buat IC baru di JPN

Hari isnin pagi itu, aku balik ke kolej and siap-siap nak pegi JPN. Sampai JPN dalam pukul 9 gitu. Ade dalam 55 giliran lagi sebelum sampai giliran aku. Aku pun guna la semula purse lama aku jenama Teddy Tales yang aku simpan. Purse tu walaupun dah pakai dekat tiga tahun, aku simpan lagi. Dalam purse ade RM45 hengget. Pinjam duit kawan aku RM50 hengget semalamnya untuk meneruskan hidup tanpa kad atm dan cash. Ini je lah yang aku ada. Masa pergi kaunter amek nombor tu, aku tanya la kena bayar ke kalau kes seluk saku. Dia pun baca report polis aku. Dia cakap yang kes mcm ni, macam kena bayar je. Aku tanya berapa. Dia cakap kalau kali pertama RM100 lbh. Kalau kali kedua RM200. Oh mai. Nak pitam lagi. Semalam encik dan cik polis cakap tak payah bayar elak cukai. Sampai aku kena buat report polis dua kali. Mahal gila kad pengenalan. Brape gram emas dalam chip tu dia letak lah. Dia suruh isi borang je dulu and tgk macam mana kaunter decide. Dalam pukul 10 lbh sampai la giliran aku. Lepas serah semua dokumen, aku kena jumpa officer dia untuk pengesahan sama ada dapat pengecualian bayaran atau tak. Dengan senangnya officer tu cop and semua setel. Tak yah bayar yeaaaay!! Dah siap-siap pakai tudung hitam kan sebab nak amek gambar baru. Bajet cun lah. So esoknya datang semua untuk amek kad pengenalan. Sementara tu pakai la kad pengenalan sementara yang beso gedabak tu. 

Buat lesen baru kat JPJ

Then aku pegi JPJ pulak buat Lesen. Uissh. Kalau boleh nak setel semua hari tu jugak. Tak mo lah jadi pelarian ke hulur kehilir bawak police report je. Abang JPJ tgk pon menyampah nanti. Ramai bukan main JPJ dekat Taman Dahlia tu. Meriah sangat. Lepas cerita masalah aku kat kaunter pertanyaan, encik tu bagi aku borang L1 dan suruh aku prepare siap-siap salinan report polis, salinan kad pengenalan sementara dan sekeping gambar pasport. Alamak, gambar pasport takde. Pegi la buat kat kedai yang ade kat dalam JPJ tu. Pak cik kaunter tu baik je siap tanya lagi mcm mana hilang purse aku. Mesra gitu. Lepas isi borang L1, pegi la amek gambar. Dah la gambar tak lawa, Bayar lah RM15 utk 4 keping gambar. Potostat kad pengenalan sementara sekali Rm1. Kemudian gi semula kaunter and amek giliran. Tak lama pun tunggu. Cm biasa kena jumpa officer jugak utk sahkan. Dengan mudahnya permohonan aku dicop. Tak sampai setengah jam, lesen baru aku siap. Yeaaay! Tapi gambar tak lawa. Hissh. Menci ngat. Selamat RM20 aku sebab dpt pengecualian pembayaran utk kes mcm ni.

Kad ATM replacement

Pastu aku pun nak pegi buat kad atm kat Maybank. Alhamdulillah sepanjang hari tu aku tak ade masalah parking. Syukur sangat rezeki betul, ade je parking kosong untuk aku. Dah sampai Maybank tetibe akak kaunter pertanyaan cakap selagi tak dapat IC original tak boleh buat kad ATM. Ottoke!? Aku takde duit! Baki tinggal bape sen je ni. Wuuu ~ Semua bank pun mcm tu rupanya. Last-last dah penat aku balik. Nak tido. Penat sangat. Runsing. Sedih. Makin kusut. Semalamnya masa purse aku hilang kawan aku siap cakap aku mcm tenang je purse hilang. Oh. Aku memang mcm ni. Mase kejadian aku bukan tenang tapi lebih kepada blur dan sedih dlm hati sampai takde perasaan. Kemudian semakin lama akan semakin meroyan bila bayangkan masalah-masalah yang bakal menyusul. Haahahaa. 

Reunion bersama Purse yang Hilang & Pembatalan Report

Sampai kat bilik terus nak membuta selama sejam. Begitulah niatnya. Petang konon nak pegi lab. Dalam 1.30 petang mase tengah lelap-lelap kancil, Jusco Tebrau call bagitau purse aku dah jumpa! Yeah! Found it! Yuuuhuuuu! Happy.. happy.. happy.. Tak boleh tahan terus siap-siap solat semua then pegi jusco nak kutip harta. Lepas dah amik dan tanya itu ini, encik polis bantuan dalam jusco tu suggest aku pegi batalkan report. Walaupun duit cash aku RM111, voucher jusco rm30 dan voucher shushi king rm20 dah hilang, aku masih bersyukur. Gambar dengan tiket tu ade. :). Yeaay. Alhamdulillah. Aku pun semangat google balai polis berhampiran nak batalkan report. Lepas tanya orang and mintak direction, semangatnya pegi Balai Polis Johor Jaya. Kalau aku tau balai polis ni lagi dekat, tak adelah aku ke Setia Indah semalamnya. Tapi nak ke balai polis yang dekat sejengkal dan amatlah senang directionnya pun aku sesat 4,5 kali. Tak sah kalau aku tak sesat. Turun kereta 3 kali tanya orang. Balai polis nye dah nampak, nak masuk punya lah susah cari jalan masuk tak jumpa-jumpa. Mse batalkan report tu pon pakcik polis tu tanya kenapa tak batalkan kat Skudai je. Eemm. Nak je aku cakap, sebab saye semangat dan saye memang sengal pakcik. Aku ade sikit menyesal tak batalkan report kat balai polis skudai sebab tak teringat yang balai polis skudai punya lah terpampang besar tepi highway. Tetap nak sesat pegi Johor Jaya punya. Isshk. Sengal. 

Yeaaay. Lepas dah batalkan report rasa lega tenang semua. Utk meraikan kebahagiaan ini, pegi beli burger kat bawah kolej yang baru bukak hari pertamanya hari tu. Terus order burger daging special. Happy kononnye kan. Semangat report kat mak purse dah jumpa. Rupanya mak aku pun selalu doakan aku jumpa purse tu semua tiap kali lepas solat. Alhamdulillah. Terima kasih mak. Sayang mak sangat-sangat. 

Buat Kad ATM baru dan Kutip IC baru

Hari ini pon ponteng lab lagi sebab bangun lambat. Al maklum kepenatan semalam. Petangnya pegi Maybank and CIMB utk buat kad baru. Sebabnya dah dapat Kad pengenalan original kan. Kalau tak merana lah aku takde cash. Turn kat Maybank punya lah lambat akak tu dah pesan siap-siap mau kena tunggu sejam lebih sebab ramai org que. Yeezaaa. Sementara tu aku menapak ke CIMB yg sejengkal buat kad atm baru. Syukur takde org. Tak sampai setengah jam kad CIMB siap. Patah balik ke Maybank ade lagi dua je giliran aku. Semua berjalan lancar hari ni. ^_^. 

Sebelum tu aku pegi JPN dlu kutip IC baru. Tak sampai 15 minit pun prosesnye dan aku pulangkan kad pengenalan lama sebab purse aku dah jumpa bersama kad-kad dalam tu. Dia pun gunting kad pengenalan lama aku dan bagi kad baru. 

Dan aku gembira walaupun berlaku kerugian dan kemalangan. Tapi aku anggap ini ujian Allah bagi sebab Allah rindu dekat aku. Dan aku masih bersyukur dengan ujian ini. Kena selalu positif dan Im back to be a happy girl again! Syukur Alhamdulillah. :)


(sekadar gambar hiasan)

1 comment:

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa