Monday, November 10

Pelajar dirotan hingga berbirat kerana tidak Solat Subuh.

Assalammualaikum. 

Selamat petang. 
Tetiba terasa tertarik menarik pula nak komen pasal isu ni. Takde lah nak kondem memana pihak pun. Cuma saja nak share pendapat. Kalau ada yang salah dipersilakan dan tidak perlu membuat permohonan untuk menegur. Kita share secara baik. 

Secara jujurnya, kalau dulu-dulu, abang-abang aku yang lahir zaman 70-an, diorang kena sebat macam ni tak ada masalah pun. Asalkan dirotan sebab membuat salah. Jangan sebab takde salah, tau-tau anak korang balik lebam-lebam. Tu kes buli namanya dan perlulah kes-kes macam tu kita ambil tindakan. 

Cuma kalau dah tau itu melanggar peraturan, maka tindakan bijak adelah jangan buat. Dulu-dulu cikgu memang akan rotan ke, atau cubit, atau pukul pakai pembaris sbg satu proses didikan. Kanak-kanak ni biasanya belajar dari kesilapan. Bila kita dah tau sesuatu tu silap, haruslah kita ajar, dan kalau tak nak dengar maka haruslah kita rotan sampai dia ada rasa keinginan untuk tidak buat lagi. Jarang lah kan berlaku kalau zaman universiti untuk bakal-bakal pemegang ijazah dirotan sebab-sebab macam ni. Sebab apa? Sebab semua dah ade otak yang besar duduk dalam kepala tu untuk berfikir. Allah dah bagi akal, takde keje lah pensyarah sekalian nak rotan-rotan bagai ni. Masa kecik lah kita kena didik. 

Aku ni sebenarnya cakap je pandai. Ye jugak. Sebab aku tak ada anak lagi. Tapi pada saat ini, aku yang belum lagi mengalami situasi mempunyai anak yang dirotan sehingga berbirat sebab tak solat Subuh ini berharap, agar apabila aku ada anak suatu hari nanti, aku membenarkan cikgu merotan anak aku jika dia membuat kesalahan. Tak kisah lah kesalah yang melanggar undang-undang agama atau undang-undang sekolah. Cuma biarlah bersesuaian. Takdelah aku benarkan cikgu bogelkan dia di depan khalayak ramai ke kan utk hukuman. Tapi rotan tu adelah hukuman sesuai la. Selagi tak kronik. Jangan sampai anak aku patah riuk atau koma je. Setakat lebam ni sapu ubat nanti lelama dia baik la. Ala macam tak biasa jatuh lebam-lebam. Ini untuk tujuan pengajaran dan didikan demi masa depan kot. Aku dulu masa zaman sekolah selalu je kena rotan. Aku perempuan kot. Xde pun aku balik mengadu kat mak ayah aku. Sebab aku tau kalau aku mengadu, mesti mak atau ayah tanya, "kenapa cikgu rotan?". Aku yg tak biasa menipu ni akan jawab lah sebabnya, maka selalunya dorg balas "padan muka, lain kali kalau buat lagi kena lagi" See.

Pelik dengan zaman sekarang ni kalau anak kena rotan sikit je pun mak ayah melenting bagai nak rak. Siap nak naik mahkamah lagi. Ye sejujurnya semua orang sayang anak. Bagai menatang minyak yang penuh. Tapi kalau tengok cerita "Anakku Sazali" belajar tak pengajaran dari situ? 

Ade jugak sesetangah parents ni tak suka orang lain tegur kesalahan anak dia atau meletakkan hukuman pada anak dia. Ye lah. Sebab nanti akan dilabel "tak pandai didik anak". Bila budak-budak buat salah, kita akan cakap, "anak sape lah ni, mak ayah dia tak ajar ke... bla..bla..bla..". 
Kita manusia yang tak perfect dari semua segi. Mungkin nanti ada kekurangan kita dalam mendidik anak, maka harapannya dapatlah bersikap terbuka kalau orang cuba mendidik anak kita jika cara mereka betul. 

Hukuman tidak solat Subuh ni dalam agama Islam: 

Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun "

Apalah nak dibandingkan kena rotan. Aku dulu xpernah lah kena rotan sampai macam ni sebab tak solat subuh, kena rotan pun sebab-sebab lain. Tapi secara serius memang bila dirotan aku takut nak buat kesalahan tu lagi lepas tu. Memang berhasil lah. 

Aku pernah dulu pegi mengaji, murid mengaji ramai sangat. Sebelum ustaz sampai, budak-budak lelaki bising bukan main berborak pasal apa tah. Sekali ustaz dah habis solat je, keluar bawak rotan, terus sebat belakang 4,5 orang budak tu. Aku yang tengok pun ketakutan. Sampai ke sudah kalau time mengaji aku tak bercakap borak-borak kosong. Takut kena rotan kot. Itu adalah didikan yang bagus untuk mereka yang kena rotan ataupun yang melihat. 



Kita orang dewasa sendiri pun tak ada lah perfect solat sempurna. Aku mengaku aku bukanlah manusia yang sempurna dalam bab agama. Ade juga terlajak. Banyak perlu diperbaiki. Tapi untuk anak-anak aku, aku harap mereka boleh jadi lebih baik dari aku. Apa salahnya. Dan ibu bapa sah-sah la kena jadi contoh yang baik untuk anak. Kalau dia tengok mak ayah selalu skip solat Subuh, tak mustahil dia rasa tak solat Subuh pun tak apelah. Mak ayah aku selalu je tak sembahyang Subuh. Benda-benda ni memainkan peranan dalam psikologi sebenarnya. 

Suma untuk kes ni, selalu cikgu rotan jarang terjadi lah sampai berbirat, Ini tak taulah dia pakai rotan apa dan berapa pulak tenaga dia guna angkat rotan tu. Tinggi mana dia sebat pun taktau lah. Selaku ibu bapa zaman moden yang penuh dengan teknologi canggih dan laman sosial ini, selalunya memang mendatangkan kerisauan dan jalan mudah adalah share dilaman sosial lah jawabnya. Sebab untuk zaman sekarang kalau kes lebam ni dah dikategorikan sebagai kes serius. Zaman-zaman 80-an, 90-an dulu kes biasa je ni. Xde laman sosial nak share.

Sekian. 
Ulasan saya yang masih kurang ilmu. 

No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa