Saturday, June 10

Maksud Hodgkin Lymphoma (Limfoma Hodgkin)

Apakah Hodgkin Lymphoma?


Hodgkin Lymphoma (Hodgkin Limfoma) adalah Kanser Sistem Limfa. Sistem limfa ialah sebahagian daripada sistem imun yang membantu melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang lain. Ia juga membantu aliran cecair dalam badan. Limfa ialah cecair yang bergerak di seluruh sistem limfa. Limfa terbentuk apabila interstitial fluid (cecair celahan - cecair yang terletak di dalam ruang semua tisu badan) dikumpul melalui kapilari limfa.

Ia merupakan kanser yang bermula dalam sel-sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. Lymphoma terdiri daripada dua jenis utama iaitu Hodgkin Lymphoma (HL) dan Non-Hodgkin Lymphoma (NHL). Kedua-dua Lymphoma ini berbeza dari segi ciri-ciri, penyebaran dan tindak balas kepada rawatan. Jadi, jenis Lymphoma ini perlu di ketahui terlebih dahulu.

Sistem limfa terdiri daripada sel-sel dipanggil limfosit yang merupakan sejenis sel darah putih. Terdapat dua jenis utama limfosit iaitu:


  • Limfosit B (sel B): sel-sel B membuat protein yang dipanggil antibodi untuk membantu melindungi tubuh daripada kuman (bakteria dan virus).


  • Limfosit T (sel T): Terdapat beberapa jenis sel T. Sesetengah sel T memusnahkan kuman atau sel-sel tidak normal lain dalam badan. Manakala, sel-sel T selebihnya membantu meningkatkan atau melambatkan aktiviti sel-sel sistem imun yang lain.


Hodgkin Lymphoma biasanya bermula dalam Limfosit B.

Permulaan dan Penyebaran Hodgkin Lymphoma


Badan manusia terdiri daripada banyak bahagian yang mengandungi tisu limfa. Oleh itu, Hodgkin Limfoma boleh bermula di mana-mana bahagian. Kawasan majoriti yang terdiri daripada tisu limfoid boleh dirujuk melalui gambar di bawah.



Walaupun Hodgkin Limfoma boleh bermula di mana-mana bahagian badan, biasanya ia bermula dalam nod limfa di bahagian atas badan. Kebiasaannya di bahagian dada, leher atau di bawah lengan.

Hodgkin Lymphoma selalunya merebak melalui saluran limfa dari nod limfa ke nod limfa yang lain. Kadang-kadang apabila ia semakin serius, ia boleh menyerang aliran darah dan merebak ke bahagian badan yang lain, seperti hati, paru-paru, dan / atau sum-sum tulang.


Punca Hodgkin Lymphoma


Hodgkin Lymphoma adalah disebabkan oleh perubahan (mutasi) dalam DNA melalui sel darah putih yang dikenali sebagai Limfosit B. Sebab sebenar mengapa perkara ini berlaku adalah tidak diketahui.

DNA memberikan sel-sel ini satu set arahan asas contohnya bila mereka perlu berkembang dan membiak. Mutasi dalam DNA menyebabkan perubahan kepada arahan ini, maka, sel-sel terus berkembang, menyebabkan mereka membiak (bertambah dan berkembang) tanpa kawalan.

Limfosit yang tidak normal biasanya mula membiak dalam satu atau lebih nod limfa di kawasan tertentu pada tubuh badan, seperti leher atau pangkal paha. Dari masa ke semasa, limfosit tidak normal mempunyai potensi untuk merebak ke bahagian-bahagian badan lain seperti:
  • Sum-sum tulang
  • Limpa
  • Hati
  • Kulit
  • Paru-paru

Siapa yang berisiko terlibat dengan penyakit ini?

Hodgkin limfoma boleh menyerang manusia tidak mengira usia, tetapi ia kebanyakannya memberi kesan kepada orang dewasa awal 20-an dan orang yang lebih tua melewati usia 70. Lelaki lebih cenderung untuk menghidapi penyakit ini berbanding wanita. 

Sekitar 1,900 orang di diagnosis dengan Hodgkin Limfoma di UK setiap tahun menurut kajian.


Cara untuk mengesan Hodgkin Lymphoma

Satu-satunya cara untuk mengesahkan diagnosis Hodgkin limfoma adalah dengan menjalankan biopsi. Ia merupakan prosedur pembedahan kecil di mana sampel tisu nod limfa yang terjejas (yang di suspek) dikeluarkan dan dikaji di dalam makmal.





*Nota: Ini merupakan kefahaman dari orang awam yang tiada background medical term. Sebarang kesilapan mungkin wujud di dalam penterjemahan dan fahaman mengenai penyakit ini. Info ini boleh diperbetulkan atau berubah dari masa ke semasa. ^_^ Sebarang salah faham dan pembetulan oleh yang lebih pakar boleh di inform melalui ruang komen. 



Sebenarnya faktor aku nak faham pasal penyakit ini adalah sebab arwah kakak ipar aku meninggal dunia berpunca dari Hodgkin Lymphoma kira-kira empat tahun lepas. Sama seperti info di atas, gejala kanser arwah bermula melalui bawah lengan yang membengkak. Arwah dah melalui beberapa pembedahan. Tapi doktor mengesahkan ianya merebak ke hati dan otak sekaligus meragut nyawa arwah kakak ipar sekelip mata. 

No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa