Friday, June 9

Maksud Urachal Cancer

"Urachal Cancer" adalah sejenis kanser yang melibatkan pundi kencing. 'Urachus' adalah struktur yang wujud semasa pertumbuhan di dalam rahim yang menghubungkan pusat dan pundi kencing. Sambungan ini biasanya hilang sebelum lahir, tetapi pada sesetengah orang ianya masih kekal wujud. Kanser Urachal biasanya di diagnosis di kalangan orang dewasa 50-an dan 60-an dan ianya boleh terbentuk pada dome atau anterior wall di bahagian pundi kencing, di sepanjang garis tengah badan (termasuk pusat), dan antara 'pubis symphasis ' (sambungan antara tulang kiri dan kanan di bahagian kemaluan yang terletak di bahagian hadapan pelvis) dan pundi kencing.

Ia melibatkan pundi kencing tetapi bukan lah sejenis "Bladder Cancer" (Kanser Pundi Kencing) dalam kebanyakan kes. Ia berlaku pada nisbah kira-kira satu orang per sejuta setiap tahun dan berbeza-beza mengikut geografi. 






Kebanyakan kanser urachal adalah adenokarsinoma (kanser yang terbentuk daripada sel-sel kelenjar). Jenis lain yang wujud adalah seperti sarcomas (yang terbentuk daripada tisu penghubung - seperti leiomyosarcoma, rhabdomyosarcoma, dan malignant fibrous histiocytoma), small cell carcinomas, transitional cell cancer, dan mixed neoplasias

Urachal Cancer boleh wujud selama beberapa tahun tanpa apa-apa gejala atau simptom. Namun, kebanyakan individu yang menghidap kanser urachal mempunyai gejala hematuria (darah dalam air kencing). Gejala-gejala lain mungkin termasuk sakit perut, jisim perut yang ketara, mucinuria (lendir glycoprotein dalam air kencing) dan bacteriuria (wujud bakteria dalam jumah tertentu dalam air kencing). Rawatan biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang kanser.






Nota: Ini merupakan kefahaman dari orang awam yang tiada background medical term. Sebarang kesilapan mungkin wujud di dalam penterjemahan dan fahaman mengenai penyakit ini. Info ini boleh diperbetulkan atau berubah dari masa ke semasa.



Kadang-kadang aku google pasal penyakit, susah betul nak faham. Nak cari penerangan dalam bahasa melayu punya la payah. Asyik jumpa english dan paling tidak pun bahasa indonesia. Oleh sebab itu, aku pun study sikit-sikit dan cuba terjemahkan melalui sumber yang aku dah mentioned di atas sebab curious pasal penyakit ini. 

^_^ Sebarang salah faham dan pembetulan oleh yang lebih pakar boleh di perbetulkan melalui ruang komen. 

10 comments:

  1. Terima kasih. Suka-lahh! :) sebab when u put it in this way, orang yg xfamiliar ngn doctor-term senang nak faham :) and,it helps a lot! Tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Itulah kan. Sambil-sambil fahamkan ni share lah sekali mana-mana yang tahu. :)

      Delete
  2. Sebelum jadinya urachal cancer, akn kena urachal cyst dlu. Saya akan operate urachal cyst 20 nov nanti. Antara sebab operate utk elakkn dari jdnya urachal cancer... thanks sbb share info ni & satu2nya info BM yg saya jumpa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh. Begitu. Macam mana nak tau kita ada urachal cyst ye? Ada simptom-simptom jugak ke? Kalau tak keberatan boleh share. Semoga operation encik berjalan lancar, dipermudahkan semua urusan dan cepat sembuh.

      Delete
    2. Mula2 sakit kt bhgn pusat. Mula sakit sikit je masa pagi. Bila ptg tu makin sakit. Sakit smpaikan nk buat apa pun x boleh. Baring pn sakit. Sy just dpt kurangkn sakit dgn dok kt sofa kaki melunjur ke dpn. Pain killer toksah ckp la brapa byk. Mcm2 doktor dh jumpa. Lps smggu start klua nanah. Sentiasa keluar n lap pakai kapas. Smggu lg skali nanah trus pecah & keluar isi nanah sgt byk. Hampir stgh cawan. 2 hari lps tu mmg ada appointment kt GH. Ms tu la baru tau urachal cyst & doc advise operate sbb bg clear suma cyst yg ada. Set appointment lain lg sbb perut kena scan ultrasound. Lps tu mmg tggu hari operate jela. 20nov tu operate. Tido hosp 2 hari lps tu discharge n MC smggu. Operate full bius. Die potong trus saluran pusat dari pusat smpai pundi kencing. Risiko nk kena lg msih ada tp very minimal. Kalo x operate mmg ada harapan kena lg. Symptom nk kena tu mcm xde lak. Sbb nasib2 jela nk kena. Actually kalo kt srwk tu sy org ke 17 operate psl urachal cyst utk tempoh 5 thun lepas...��

      Delete
    3. Risiko dr urachal cyst utk jd urachal cancer sgt rendah. Mcm apa yg awak tulis tu kalo kena pn pd org umur 50-60 thun. Alhamdulillah result cyst sy aritu lps operate mmg clear. Xde tanda2 ke arah cancer.

      Delete
    4. Alhamdulillah. terima kaish kerana berkongsi pengalaman. Semoga encik disembuhkan dari penyakit ini dan sihat seperti biasa.

      Delete
  3. Alhamdulillah dh setahun lepas operation. Xde dah masalah. Just harap x berulang lagi

    ReplyDelete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa