Wednesday, July 5

McD Kuantan - Berhadapan HTAA with Sungai Kuantan View.

Siapa pernah try makan dekat McDonald's berhadapan Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan?

McDonald's ni still baru lagi. Aku memang akan perasan kewujudan dia sebab dah jadi rutin aku bawa Mak Ngah check-up mata sebulan sekali. Ulang-alik dari Muadzam Shah ke Kuantan. 

Sekarang, aku dah pandai lepak McD sementara tunggu que yang panjang. Normally, sampai HTAA pukul 9 atau 10 pagi, memang akan balik dalam pukul 2 hingga 5 petang. Hospital, memang ramai orang. Apekejadahnye aku nak buat dalam tempoh 4,5,6, tujuh lapan jam tanpa berbuat apa-apa? Mengait? No... aku main henpon sampai mata naik juling je la...bayang ar .. 

Kalau boleh tolong orang sakit takpe jugak. Ini aku tengok orang-orang sakit, aku pun macam nak berjangkit dah. Baiklah aku melepak kt mana-mana. Itu pun mati kutu nak buat apa kadang-kadang tu. 

Sebelum ni aku pernah try makan dekat McD ni tapi duduk bahagian bawah, ruangan yang ada air-cond. Tapi, Isnin yang lepas, aku try la makan kt tingkat atas sebab bahagian bawah dah full. Rupa-rupanya view dia, peghh!! Fulamakatak! Cun gilerrrr.. Aku mase tu macam... "woaaaahh.....view seploh bintang nie"




And then aku pun menikmati Cappucino dengan view yang superb sambil acah-acah membuka laptop. Eh. Sekali check wifi, nama bukan-bukan yang keluar. Lorr. McD view cantik, tak ade Wifi rupanya. Chait! Aku pun kepoh la tanya staff McD tu takde wifi ke. Dia habaq, "McD ni baru lagi cik, dalam proses nak masukkan wifi." Iye lah dik. Harap 2 bulan lagi next check-up Mak Ngah aku datang, wifi korang dah ade. Kalau tak. Herrrmmm.

Datang McD nak pakai Wifi, Wifi takde!! Miahahahahaha ~

Suka pulak aku tengok coffee art McCafe ni 


Dah la aku nak makan ayam goreng, lepas tu ayam goreng wujud pukul 11 je. And then konon-konon aku nak order ayam lepas jam 12. Sekali ada la staff datang kat aku masa aku tengah konon-konon berangan memandang ke arah Sungai Kuantan, dia tanya kalau aku memiliki kereta Myvi atau Isuzu. Oh ye aku la minah yang memakai Myvi tu. 

"No plat kereta cik JJ****8 ke?". Hahaha. Aku dah agak da ape yang bakal terjadi. 

"Boleh tak cik alihkan kenderaan cik sebab parking tu untuk customer yang drive thru je. Minta maaf eh cik" Sambil staff tu tersenyum dengan maaf yang ikhlas. Dua tiga kali gak dia minta maaf. 

Aku pun explain la, aku park situ sebab masa aku sampai memang dah takda parking lain. Dua tiga kali aku pusing. Then aku pun memang dah habis minum, nak chow dah pun. Cuma niat nak makan ayam goreng terbantut dah la. Hahaha. Aku terus cari parking area HTAA. 

Kan bagus staff macam nie. Sopan je cakap dengan customer. Tak ada la customer pun hangin.

Sebenarnya bukan la aku sengaja nak jadi bangang sebab parking kat tempat tu. Aku memang dah tau situ parking khas. Tapi oleh kerana masa jam 10.15 pagi, aku pusing McD dua kali still takde parking. Lepas tu aku kelur jalan besar, U-turn yang mak aih jauh kat bangunan Hasil tu sekali, masuk McD semula still takde parking. Aku nampak petak tu kosong, sebat aje la. Hentam saja la labu ~ aku tunggu gak kalau staff yang tengah sapu kat depan McD tu nak halau. Tapi dia macam ok je, aku pun angkut beg dengan selamber masuk McD. Sebelum tu, parking tu pun ada kereta lain dah occupied, tapi lepas U-turn kosong lah pulak. 

Maybe boleh kot kalau stay kejap-kejap. Tapi aku stay dekat 2 jam, hahaha. Dia pun tengok lama sangat kereta Myvi ni, melampau. 

Uncle-uncle chinese yang berborak lama dekat meja area aku tu pun kena alih kenderaan. Isuzu yang staff tu tanya, dia punya la. Haha. Tak pe lah memang dah buat salah, tak payah nak banyak complain atau marah-marah. Sendiri kena faham. Uncle tu pun rilek je alih Isuzu dia cari parking lain. Tapi masa aku alih kereta tu, dah banyak parking kosong. 


Tapi serius lah view McDonald's ni memang terbaik. Aku dah ada port baik punya next 2 month lagi untuk check up Mak Ngah!

My View. Yuhuu! McD tempat korang ade?



Minah ni memang berlendir lah. Comot. Grr~

Awan pun cantik.

Nampak bot tu. Tet tet tet tet tet.... melintas depan mata aku.. geram pulak..

Aku ada niat nak pegi jeti tu, tapi panas hari tu, Ya Rabbi. 
Ketibas wei. Lecak ketiak. Tak sanggup.



Haaaa... sebelum staff tu suruh aku alih kereta, aku da snap gambar-gambar ni. Heh.




6 comments:

  1. Replies
    1. kan... makan bubur pun berselera je kalau camni... :)

      Delete
  2. Ni view dri McD rupenye...ingat view dari resort mane. Haha...serius cantik. Tak terfikir ada McD yang view gempak macam ni. Nak singgah la klu pergi Kuantan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa kan... gambar pakai phone pun dah cantik... kalau mata sendiri memandang lagi caanntikkk.... ^_^ mohon cuba...

      Delete
  3. cantik view dia.. (ape makna minah ni memang berlendir ha? hahahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha maksudnye hampir sama dengan selebet. Dah terbiasa guna bahasa tu. Hhahaha. Kan view dia cun. Susah dapat woo.

      Delete

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa