Wednesday, December 25

Aku, Dia & Tong Sampah - Movie Review


Aku tak sure la ni movie ke drama ke ape kan. Ape-ape pun, cerita ni aku ulangtayang dah lebih dari 5x lah. Serius boleh layan. Plus, memang aku minat Beto kan. Hahaha. Dia ni cool sgt tau. Sempoi. Jujur dgn watak yang dia bawak. Jenis yang ada pendirian dan tegas. Tu yang aku gambarkan bila layan cerita yang dia berlakon.

Cerita nie bermula dengan surat cinta Sharnaz (Siti Saleha) & Amir (Beto) tertukar mase diorang terlanggar nak membuang surat mereka. Tapi Sharnaz tak jadi nak buang but Amir dah buang. Then Sharnaz tuntun surat dia pada Amir. Sayangnya Amir dah pun membuang surat tu. Maka Amir teman Sharnaz pegi memunggah tong sampah cari surat Sharnaz & sambil tu Amir pun buang surat dia yang Sharnaz dah pulangkan tu. Mereka melepak kat kedai minum-minum dah terkantoilah bahawa ex-Amir, iaitu Dayan adalah girlfren baru ex-Sharnaz. Mereka pun membuat plan untuk ber-couple bagi menjeleskan ex-ex mereka dan pelbagai agenda lain supaya menarik perhatian ex mereka. Namun, bila mereka semakin rapat, mereka makin serasi, dan mula jatuh cinta. So ending dia boleh lah layan sendiri! ^__^

Pape pon cite ni sempoi. Beto ngan Siti Saleha sesuai sangat bawak watak ni sebab Siti Saleha comel dalam cerita ni, bawak watang comel, lincah dan manja. Beto pulak jenis cool dan matang. So, sebab tu aku tak bosan layan! Enjoy watching ~

No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa