Tuesday, December 4

Kedai Phone area Putra Heights at Giant Putra Heights.

#andanaktukartemperedglass?



Ada sikit perkongsian bermanfaat untuk mereka yang stay area Putra Heights. So, baru-baru ni aku ada usyar tempat tukar tempered glass phone. Phone aku sekarang ni dah 4 tahun aku pakai. Banyak jasa. Jadi konon aku nak la jaga sebab tempered glass aku tu dah retak jatuh hari tu. 

Aku ada plan nak pegi kedai Ustaz dekat PKNS atau Uptown Damansara. Tapi ko pikir lah kan, aku kalau pegi sana semata nak tukar tempered glass, korang rasa berbaloi ke? Melainkan aku ada 3,4 phone nak tukar dengan agenda lain ke yang nak dibuat. Tapi kalau semata untuk tempered glass je, aku pun fikir baik aku cari area sini je. 

Aku survey la kat Giant, Putra Heights. Aku tukar tempered glass dekat 1st Floor Giant, satu kedai phone baru bukak jugak near to the main entrance. Harga RM20 selepas dapat tawar, harga asal RM25. So, ok la deal. Aku pun tukar. Tak sampai sebulan, tempered glass tu rosak. Peghh! Bukan sebab jatuh tapi sebab aku letak dalam bag, dia berlaga dengan kunci-kunci, retak teruk wei. Takde gamba pulak nak tunjuk. So, burnt RM20 aku. Sobs! 😥

Next month nya, aku tak berpuas hati, aku melabur lagi. Sebab retak teruk! kuku aku bergesel dengan retak tu, tak selesa. Pada 23/11/2018, aku pegi lagi Giant Putra Heights tapi kedai level 2. Aku cari tempered glass yang diamond. Ada satu kedai yang menarik perhatian tu jual RM35 seketul. Aku macam apekah mahal sangat? 

Aku cakap husband aku pun macam plan nak tukar tempered glass dia yang retak. 

So, deal dia macam ni. Aku promote nanti kat husband aku tukar tempered glass kat kedai dia. Then dia bagi harga murah. Jadi, dia offer RM23 untuk tempered glass diamond seketul. Aku memang gedik sikit suka pakai bling-bling ni. Sebab first and second tempered glass aku pakai diamond. third tu yang dah retak tu lah. Ni yang ke-empat. Dulu aku boleh dapat tempered glass ni RM20 per pair je sebenarnya tapi tak kuasa aku nak jalan jauh survey lagi. Kena ada modal jugak kan. Kalau kebetulan lain la. Aku pun dah kurang merayap sekarang. 

Makanya, aku bersetuju dengan perjanjian tersebut. Tapi!

Malang aku masih berlanjutan. Dia pasang tempered glass aku ada bubble plak! Dua line bubble panjang yang agak menganggu mata aku la. 😭

Whuaa.. aku macam dah tak gembira masa tu.. aku pun cakap.. 

"Ala ni ada bubble ni" 

Dia cakap, 

"Takpe, nanti lama-lama dia hilang. Kalau tak hilang u datang semula kedai I tukar, simpan resit je"

Aku pun menunggu sehingga beberapa hari, nampaknya bubble tu masih di situ. Agak kecewa. 😑

Aku still simpan resit nya. 😶

Jadi selepas beberapa minggu, hari ini, 4/12/2018, aku kembali ke kedai tersebut. Person in charge yang buatkan tempered glass aku last time tak ada pulak. Aku pun explain dan tunjukkan resit in case dia bole ganti. Alhamdulillah, amoi chinese tu ganti tempered glass aku dengan yang baru and sejenis diamond gak. So aku memula tak letak harapan tinggi. Ye lah, kedai kan sekarang pandai pusing-pusing, tak nak responsible nanti rugi la diorang. Tapi nope, kedai ni dia ganti tempered glass yang baru then amoi ni terus pasangkan tempered glass baru. 😚😊

Dan tempered glass baru untuk handphone di buat dengan kemas sekali untuk kali kedua. Well, I am one of that happy customer sebab jumpa kedai yang bertanggungjawab macam ni. So aku decide untuk promote kedai ni dalam blog aku. Hahaha!


Tadaaaa!!! Dah ganti yang baru. Cantik dan Kemas! 💋


Aku rasa kedai ni ada buat servis repair phone jugak. Ada jual macam-macam jenis phone. Ada iphone secondhand jugak. Kedai dia besar dan ceria. 

Lokasi: Betul-betul bertentangan dengan Pejabat Pos Cawangan Giant Putra Heights Level 2. 🙋


So, ini resit yang aku masih simpan. Atas tu ada nama dan alamat kedai untuk references.

Tak silap kawan aku kata kedai ni kedai baru. Well, keep it up a good service. Jadi customer macam aku ni rasa tak serik nak datang servis kat kedai ni next time. At least dia provide a good servis and quality items. So, kedai-kedai macam ni lah yang kita cari. 👍


Kepentingan Resit. 


Penting tau simpan resit. Last month aku ada beli satu contact lenses colour jenama Blincon (for 3 months) dekat IOI Mall Puchong, kedai cermin mata berdekatan Dubuyo. Kebetulan ada promosi, dua pair lenses RM80. So, aku pun ambik la 2 pair. Kire per pair RM40 lah. Normal price kan RM50 per pair. Aku pun pulang. Sebab clear lenses aku baru je pakai, aku tak ada la immediately terus pakai yang baru. Baru-baru ni aku bukak nak pakai la pegi kenduri kawen. Guess What! Ada seketul tu dia melekat then bila aku gosok dengan solution, dia terkoyak. Ini adalah salah satu benda malang yang berlaku ke atas diri aku. Hahaha. Redho. Ok, takpe. Aku ada second pair. And I was, burnt la RM40. 

Oh, rupanya panas tidak sampai ke petang. Pair yang kedua tiada masalah. Tapi masalah muncul bila aku dah pakai kat mata. Seketul tu tak selesa. Bila aku kelip mata dia akan rasa macam ada sesuatu but aku masih meneruskan pakai smpai petang. Tapi 4 jam macam tu je aku tahan, aku decide nak bukak. Lately, aku try pakai lagi and benda yang sama berlaku. Aku pun decide, I will burnt 💣💣 my second RM40. Which is aku dah kerugian RM80. 😭😭😭😭

Mungkin orang cakap, pegi la tukar dekat kedai yang aku beli. Wei! Resit tu aku dah humban mane entah! Kalau ada resit ko hengat aku nak diam-diam je ke. Aku rela pegi tukar. Malangnya aku tau aku tak ada bukti kukuh. 💩💩

Jadi hari ni aku decide beli contact lenses dekat Focus Point Giant Putra Heights sebab selama ni aku beli kat situ memang tiada masalah. Aku rela bayar lebih asalkan tak rugi teruk. And this time aku tak beli dah Blincon punye contact lenses. Sobss. Aku try brand Italy - Macttalic. 😙

Itu je aku nak mengadu. Alang-alang kan. So... penting nya anda simpan resit tu ye... 💁💁

No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa