Thursday, July 19

Last memOri in UTM.

8:32:00 AM 0 Comments
Aku tatau la nak letak ape. hmm. kebetulan ternampak gambar2 nie. aku tak bole nak let go lagi la zaman U aku. stil dlm mOod terkejut. tak bole terime sgt kenyataan life aku akan berubah. sebab tu aku asek mengenang je bile bosan2. take time maybe.

Gambar2 ni, aku amik mase saat2
terakhir nak berpisah dgn kwn2 aku tersayang.
kebetulan ade lagi yg stay, lmbt balik sbb siapkan thesis.
so kami2 nie pun bergumbira, spend time for da last moment together
kitorg sebagai student degree UTM. ini je la kenangan yang mampu
kitorang jadikan memori untuk 10 tahun akn datang.
nanti, aku wajib cerita pasal korang..dekat keturunan aku.. ^__^ betul taw.

mase ni, sedih sgt. nak bereenggang dengan korang.
tak ade lagi la org nak mesej aku, "ain..ko ade bilik tak?", "ain, ko makan mane malam ni?", "ain..dah siap assigment?", ain itu, ain ini. tak ade daaaa.............. aku takkan dpt mesej2 mcm tu lagi da....

ape yg aku rase ngn korang..sumenye bahagia.. serius aku happy dengan korang..mase2 aku sedih2, korang la yg tukang hepi kan aku..kasi aku gelak..masalah pun lupe.. bnde2 yg runsing pun aku bole tak ingat bile dengan korang.. lepas ni kalau aku sedih, korang kat mane mase tu?


nie tangan aku dengan sape ye? aku pun da lupe. alia rasenye. =)



ini la kwn2 aku. teh, sha, nadia dan eya. aih. rindu senyuman menawan korang. dulu dah terbiase tengok, x peduli pun. skrg dah rindu.

Alia dan fiza. hahaha. kuat karok ni wei.

mamat poyOs ni, iqbal la. sape ag. bajet hot amek gamba org. zzZz. mls nk ckp.

gamba ni smart. hahahaha. bajet la kalau ko bace pompuan gile.

nk kemek muke sha, tp x jd sgt.




nadia dan eya. kitorg mase ni tggu korum2 nak bergamba. so, aku pon snap2 la pakai fon aku. maap le, bukan dslr nk lawa sgt gamba ni. =) oke la bole tgk.

tOoo diaaaaa~ anip dan pian. pian = eyan. gabungan eya dan pian. hahaha. anip lak control machO. puii la. muke comel xyah nak macho.

peghh. ni dia. bole wat cover album. apis. hihi. ketibaan dinantikan. baru nampak batang idung apis hujung sem ni. kalau tak memerap je kat bilik wat hal dia.
semangat beliau bergambor.

Azri dan mirul. azri la tukang organize dinner kitorg. smgt sgt dia. hihihi. mirul lak jurugambar. owner dslr yg dok snap gamba kitorg. hahaha. poyo mirul ni. kenali le beliau.

hahaha. dorg dtg naik moto. smgt nie. tggu korum ramai sket. sengeh la kau mirul.

ihihihi. ini namenye, muke menunggu.

ini kwn2 sengal yg best. psiko juge. =.="

muke sha. hihi. u so comel dear.

penyek sha. jadi la kau ayam penyet! pOooff!!

ye. azri pon kne. ikot suke aku je kn. haha. bior la. sesuke.

muke minah ni pon aku buat. hahaha. Olololor. senget lak. leher terseliuh ye bro? sian.

Teh pon aku penyek. hahaha. tp x jadik sgt lak. lantak la. =P


hOo.. ini je la yg aku ade... nak upload gamba dr dslr. besa lak la dia nye memori. hadui. x mampu beta nak tggu. :P

siyes dan sangat siyes. aku miss korg damn damn damn mush! kwn2 ku yg sangat sempoi. kaki enjoy dan aku syg korg.

Sunday, July 15

So Long my memOries. Air Papan tO remember.

9:35:00 AM 4 Comments
Aku tatau kenape aku tergerak nak upload gambar2 nie dlm belOg aku. sebab aku bosan, mungkin. tapi lebih kepada, aku harap aku takkan lupekan antara kenangan paling best dlm hidup aku dengan kwn2 sekelas aku yg super sempoi. aku rindu korg sgt2. rase terharu aku dapat hepi2 dengan korg. rase enjoy dengan korg. rase mcm family. =')

So lepas ni aku akan jumpe orang2 baru, akn jadi kwn2 baru aku. tapi korang mmg da best. 4 tahun dgn korg, susah aku nak lupekan. untuk make sure aku x lupe, selagi aku masih ingat, aku letak dlm belog aku nie sementara ingatan aku masih fresh pade korang. okayh! start!


ini hari last day kitorang. mase ni dah otw nak balik UTM. aku pun dah lupe brape kereta yang pegi mase ni. ade kereta JLU iqbal, JMH eya, BKR mirul, PGH syam, WLB mizi and ade lagi rasenye maybe aku tak ingat sgt. maap. ingatan aku x kuat sbb tu aku simpan.

So taiko ni name dia mizi. Tarmizi Azmi. dia ni best student dlm kelas kitorang selain Keon. pointer dia mmg da approximate 4flat la. mase ni keOn tak follOw. Dira je pegi. (owkeyh, dira adelah awek keOn untuk pengetahuan kOrang)

Ini geng huru hara. Psiko. memang tatau nak komen ape. sniri je paham betapa gilernye diOrg nie.


mase ni malam kitOrg kat sane. 2 hari satu malam je pun. lepas BBQ, sume buat unggun api tepi pantai, santai2. tido pukul 4 pagi rasenye. mcm hape je la. jurukamera dia mase ni Amirul Hisham yg setting. ape dia buat tah gamba jadi cmni.


we r the sengal grOup! hahaha. yep. mase ni makan2. pegh. sambil makan berborak la. memang kenyang gile. ayam bakar mcm nak buat kenduri doa selamat satu kampung. tak habes! Shira, Sasa, Sha, Nadia, Aku, Azpa and Dira memang kamceng. haih. kaki enjOy.


ye. kwn2. ini namanye Azfar Amira. dia memang suke seluar bunga2 tu. fevret katenye. jajan tuh memang byk la tak habes. Azfar ni antara yg rapat ngan aku. seronok. Dia kalau dengan Sasa memang xleh benti bercakap. itu adelah normal.


ini geng2 yg mencekik tak hengat dunia. sampai da mengah perot lah.


name beliau Liyana Husin. we cal her Cik Non! panggilan dia Noni sebenarnye. tp paham2 la. lame2 jd Cik Non, terima je la Noni ye. da melekat name glamer tu. dia suke gelak tak brenti. kalau dia nak cite pasal ape dia gelak, dia makin gelak, okeyh, itu benda biase. tggu la sampai dia berenti gelak. hehehe.


mase ni Si Iqbal Rafei baru je simbah air kat Dira. muke dira nampak hepi kne simbah walopon mule2 dia terpekik dgn hemo2. hahaha. selamber. kitorg memang rapat. keon xde pulak mase ni. haih!


mase ni main UNO! hah! terbaik. Dal bawak kad UNO tuh. memang best! main cm gile. ade yg baru belajar main, ade yg dah pro. lawak pulak. main dengan penuh emosi nye. pastu mule la hasad dengki. hehe. memain je pun.


encik Amirul Hisham tekun sebab nak menang. muke nak pOyO kan. chaiht!


Syam, Pian (mane tah eya, alone plak), Fadzrizal Dolmat a.k.a Achong dan Shira. snap gamba je la keje. Shira ngan Acong ni memang kaki bergambar. dOrg ni kapel tp xnak ngaku! dem lah. Shira rajin study. sejak bersama Shira, Achong gegiler nye study maka result pun makin mantap. untung lah. =) ini yg kite mau!

mase ni diorg main game macam2, kitOrg satu grOup kat tempat lain pulak main UNO. gerak sniri2. hahaha. enjoy je suke2 hati.


nampak tak? nampak tak? ngah bakar ayam pon memang senang je nak bergambar. so inilah kami dulu. mane2 ade kamera memang, pegh! laju jekk. sejak bile tah la jadi giler kamera. maybe sejak Mirul beli DSLR la kan. dia pon rajin amek gambar. nice. Thankz Mirul! =)


ini pasangan bahagia Pian dan Eya. aku kompius sejak bile diOrg berkapel smpai sekarang. masih belum diketahui. diorg ni pendiam sikit. perahsia jugak. kalo tanye bukan jawab bebetol. memain je. selalu berkepit, study same. haih. suweet! bile la korg nak kawen. Owh. Pian memiliki kereta kancil BGR. maka eya own a car Myvi JMH. So selalu la BerGeR rindukan JeMaH.

mase ni eya ngan pian tak reti sgt main uno. diorg ni dengki mendengki. kelakar pun ade. =P asek bahan sape yang lambat ckp UNO bile dah last card.


owkeyh. ini group yang pOyos. asenye dorg menang kowt? aku tak hengat. hahaha.


petang lepas sampai tu kitOrg main galah panjang. nie 1st day. =) memang emosi main, terpekik dengan beria. rindu nye saat tu. hmm.


kitOrg main kalah mati tak silap aku. Owkeyh, ni muke aku. next!


mase 1st day nie, kitorg lunch kat KFC. weee. sedap2. berebut, kecoh. bising satu KFC. org KFC tu pening agaknye menerime kitorg ni. haih. indah saat nie. bile tgk gambar ni, pejam mate, dan bayangkan saat tu, rase cm nak nanges lak.


the happy we all. depan chalet. mase nie nak pegi mandi kot. b4 terjun ke kolam renang. hahaha~


mase baru2 sampai terus gi umah ijat. siapkan ayam2 yg nak peram. malam tu nak bakar kat tepi pantai. mule la diorg ni menyiang ayam. siapkan ape2 yang ade.

aku ngan eya tak reti potong ayam! hahaha. so kitorg amek job lain. iaitu kupas bawang dan lelain~ loser? watever. aku kesah ape. =P


Ouh ye. mase ni Mirul baru lepas eksiden, abes la BKR dia kemek kat depan. dOk sebok tgk Acong ckp adik dia mancing kat situ..situ..last2 sondol la renjer depan. haih. sedeh betul beliau. sambil siang ayam sambil report kt kwn2. Ololor, manjenye Mirul oi.


Owkeyh, ini bole buat calOn suami. name beliau Anip Arun. aku panggil dia Aneh. beliau Romate Iqbal. Iqbal kitorg panggil Peah atau Pekk! hahaha. Anip ni hot. ramai gegurl jatuh hati kat beliau. leh ckp cm dia ni player la. so hati2. :) x lame lagi kawen le dia ni.


mase ni baru gerak nak pegi Air Papan la. pagi2 lagi da breakfast kat McD. ambOi. lazat gitu. setiap org dikenakan bayaran RM100. pagi mcD, tgh ari KFC, malam BBQ. nampak tak kemewahannye? hahaha. mase ni terbahagi kepada 2 trip. trip budak yang tak IVAT dan trip bebudak IVAT. maklum la. kitorg dah lain2 subjek sikit last sem ni. So, bebudak IVAT ade kelas. buat pun dah hari Khamis Jumaat. sah2 ade kelas. yang tak IVAT ni gerak dulu. so ini la trip2 bebudak tak IVAT. hahaha.

muke nak bangge la kan bergambar dlm mcD~


So ini saje lah tatapan yang aku leh ingat. itupun byk gak dah lupe. =) sorie la. kalau salah ke korg betul2kan kasi aku ingat.

gambar2 ni aku ciplak dari FB Iqbal. dia je tukang upload gamba yg rajen. aku nak upload dr file aku, tapi gamba dia besa gile! lemmmm sgt. x tahan lah aku nak tggu. Credit to Iqbal Rafei la ye.

pape pun kwn2, aku syg korg. aku tak leh lupe bebudak kelas SEE 2 yg sgt super spOrting dan sempOi. aku igt korg sampai bile2. aku tau sebab lepas ni kite dah susah nak kumpul lagi, lepak same2. semua tu boleh buat tapi mesty sgt susah. xpe la, ade ingatan pasal korg pon dah cukup. ^_^ aku dah pun rindu korg padehal baru 2 minggu berpisah. Love u all.


with Love,
Ain.



New Blog Skin. Aha!

8:52:00 AM 0 Comments
Nice tak belog aku? saje buat perubahan. tatau nape tetibe tergerak nak edit belog. sbb dah usang sgt. phui!

sebenarnye aku bosan. lebeh kurg sesuai lah ayt "bosan" tuh. menganggur. hehehe.
ape lah nak jadi dengan mase depan aku. aku sniri xde plan. ade jugak aku sambung belajar ni kang. dah taktau cmne.

hurm. so life hari ini. xde ape2 interesting. aku bangun tido. puasa. vaccum karpet dlm umah ni. gulung2 pastu simpan. pegh. berat siot. then lepak2. kemas bilik. yeah. aku da tuka design bilik aku. bosan dengan design lama. ade je la aku ubah kedudukan katil, meja solek dlm bilik aku ni.
petang pulak kemas2 dlm kereta. vacuum habuk2 dlm kereta kasi clear.

lepas tu petang sikit aku bajet nak cuci kereta. last2 hujan pulak. so maknenye esok je la aku cuci. :) tak mo lah hantar kedai. dlu mase kat UTM aku hantar kedai sebab xde mase nak cuci. xde vacuum. leceh nak cuci kereta. kat rumah, kalau hantar kedai jugak. pegh. x mcm malas giler aku ni.

rambut dah makin panjang. naik rimas pun ade. ase mcm nak potong tapi nanti kompem menyesal. adoi. so dah kompius nak potong ke tak. kalau potong pon aku rase aku potOng sniri. xde maknenye pegi kedai. saving!




Horee..! Horee..! Movie.

1:20:00 AM 0 Comments
cerita ni bukan type aku sangat lah. tapi nice jugak. banyak moral value.
cite ni sebuah filem musical. mcm high school musical tp kalau dia nak tiru tu sbenarnye mcm x jadi sgt la. harap2 dia bukan nak meniru high school musical la kan. sbb aku rase cite omputeh bajet besa. environment dia pon lain. sempoi.

Ovreall cite ni Okey. takat nak tengok nice la. aku xde la nanges ke tengok cite ni cume ade la tacink sikit. ade nilai agama, family. bagus untuk budak2 tgk.

so sape belum tengok. meh sini. ---> Horee! hOree!

have fun! :P

HACKS. enjOy this MOvie!

12:14:00 AM 0 Comments
Ouh ya. cerita ni aku tengok nanges golek2. aku tatau lah kenapa. huu. takleh terima. cerita ni sempoi tapi ade adegan tOuching. haih. sebab memule tu mcm hepi sesangat. tetibe sampai part sedih dia. nanges le pulak aku ni. bunguks la. xleh terima aku nanges tgk cerita ni. padehal cerita ni secara overall tipikal cerita melayu la. sume aku nampak bahase dia gune sempoi and jalan cerita dia ni macam normal dlm hidup. hahaha.

haih. korang enjoy la cerita ni. stakat nak hilangkan bosan. memang best la. sebab aku kebosanan dok umah. so aku feeling gegiler la. hahaha. malu siot. layan sorang2 takpe la. kalau tgk ngn orang xde kose nak nanges. tahan je la.

so enjoy here. HACKS!

Aku, Kau dan Dia. Love it!

12:08:00 AM 0 Comments



hurm.. lagu ni sedap gila.. memule aku dgr kat astro.. lepas tu jatuh berguling sebab sedap..
OmaiGod...memang sedap..

So lepas tu aku mula la cari lagu ni kat Youtube. x puas lagi. aku cari cerita dia. superb. nak kata sedap gila tu, emm. boleh la kan. cuma sedih. cerita ni sedih. pelakon yg aku kenal remy ishak je dlm ni. yg lelain x kenal. tapi x perlu nak tgk filem pelakon glamer je la kan. yg x glamer pon ade bakat cume belum cukup mantap.

overall nice la. jalan cite dia terbaik jugak la. dia cm boleh di ingati lepas tengok. sedih. lepas tu layan lagu ni pulak. fuhhh. sadis!

sO korang nak tengok cerita dia? meh sini cite dia. ---> AKD.

enjOy! :)

Thursday, July 12

Makcik .. Saye tak jual karipap...

10:31:00 PM 0 Comments
Huh..... penat... (eceyh pade hal x penat sgt, aorta je lebeh)..
Mengemop hall... Owh demm.. hall besar sgt.. serius, aku ade rumah.. biar kecik2 pun takpe.. yang mengemas nye nanti aku..bukan laki aku.. nak mengemop ni aku ase, lambatnye nak habesssssss....
baru hall ngan dapur.. belum masuk ruang tv, dapur basah, bilik.. OMG... da la weyh.. serius rumah aku nanti biar le kecik tapi kemas.. nak besar2 balik umah mak..hahaha.. cucu nak main2 pun biar kat rumah atuk diorg, luas sikit...

aduii... lepas ni nak kene pegi kedai..beli timun.. beli laici tin tuh.. tu je kowt? emm.. nanti nak goreng karipap...hehehe.. nak tgk karipap aku kelim smlm?




hahaha.. comel tak? comel tak? ahaaa... ko hengat senang nak jadi kelim cmni.. take a yearsz....zzzzzzz.......zzzzzzz......... dlu siyes aku kelim huduh gila..mak aku pun bising..jahanam dia nye tepung aku asek prektis kelim je..karipap yg huduh2 tu aku la yg buat dulu...asal da goreng ni, nampak perbezaan karipap aku ngn karipap mak buat..hehehe..sekarang da mendapat pujian makcik2..Ohooo.. da pro..harus la..praktis make perfek la.. malas ngn tak je..nanti nk blaja kelim rapat2 lak...baru la smart...

addoii la... hari ni pon ase loser sebenarnye..pendek kate..duduk rumah memang susah nak hilangkan bayangan ayah...everytime kuar rumah..bile nak balik je..x leh terime la ayah xde kat umah da... langsung...ase nak menggile je kdg2 tu...tp aku ni ada agama.. mengucap je la...
aku sniri tak leh terime selame ni aku bawak kereta ayah...dlu ayah susah sgt nak bagi aku pakai kereta dia..aku pun takut nak mintak guna..emm..skang..mane2 aku pegi..kereta ayah yg aku pakai...xleh terima la.. ayah takde ni... cm nk biol.. ase cm ayah ade je tapi dah xnak layan kitorg... haihh... ase nak nanges sesuka hati pun ade... da gile aku ni agknye..aku pun takut aku da gile tapi aku x sedar... biar la org nak kate ape...tapi xde la sepanjang hari aku meroyan.. kdg2 je la..perasaan tu dtg...rase.. psiko.. sorg2..

da le..mls nk ckp panjang lebar..walopon da pnjang sebenarnye...Chiaooo~

Lyfe is'nt easier withOut U.~

5:25:00 AM 0 Comments
kalau ayah ade lagi sekarang, aku mungkin dah ada kat KL untuk interview petrofex tu. Mau ayah seret aku pegi interview tu. Mak tak kesah, ape keputusan aku mak ikut, mak x suke paksa org. ^__^ lagipun mak paham kut aku nak teman mak kat rumah. In case aku pegi interview, aku dapat jOb tu, aku still kne buat keputusan nak pegi ke tak. So aku elak untuk membuat keputusan yang akan menyusahkan kepala aku nanti dengan melepaskan peluang ni. Same je.

Haih. Mak, maap la. mak dapat anak perempuan yang malas, tak membantu sgt pun. Taktau la kenapa jadi malas sangat ni. Serupa mcm mak ade anak lelaki bujang yg tak boleh haraplah. Ampun ye mak, Ain nak rehat beberapa hari je lagi. Lepas ni Ain buat semua kerja rumah ye. Nak qada segala keserabutan belajar 4 tahun lepas. Kasi cover sikit. hihihi. Bodos alasan Cik Ain.

So jadual hari nie tersangat rilek. Pagi lepas subuh dah pegi beli ikan dan sayuran. Balik pulak belek internet. Tak de pape pun tapi belek jugak. Sgt tak bermanfaat. Kemudian sambung tido. Tgh hari pulak masih tak buat ape2. Owh, ade tolong mak kat dapur, asingkan isi ikan untuk buat laksa dan tolong2 ape2 yg bole. Petang kemas2 bilik saye yg bersepah tahap kandang cipan, sampai skang masih bersepah. Byk gila barang rase nak buang je semua tapi sayang. Aduh la. Kemudian angkat kain. Lepas bace Yasin, chapter melipat kain, sambil si Kitel menyemak kat depan aku. Tah ape motip dia aku tak sure. Meneman kut? dan sekarang berlenggang di depan TV. Malam2 sikit akan buat karipap. yeah. Nampak disitu tugas aku. Aku keje syif malam rupenye.

Esok rumah aku akan buat bacaan Yasin. Memang trend kat sini. Buat bacaan Yasin rumah ke rumah sambil buat makan2 sikit. Seronok kan? Mmg untuk duduk kat area sini. Org nye baik2, ramah2, selalu buat aktiviti keagamaan selalunye makcik2 la yang anjurkan.

So menu esok adelah Laksa Johor, Puding, cocktail, karipap, rojak. Urmm. sedap. hari ni aku tak pose la pulak. adui la. konon nak kerja, rehat je byk! langsung xleh harap. alahai berubahlah Ain oi. Sampai bile nak jadi camni. Tak payah la layan sedeh, asek mimpi je. Org yg dah tak ada takkan kembali kan. Sedekah ayat al-Quran dan doa je la yang mampu untuk lelaki kesayangan saye diSana. terkejut aku rase balik2 rumah nak hadap suasana baru ni tanpa ayah. haih. no choice, kena tahan. hati kne cekal!

So, tak banyak nak cakap. Mood selalu lari sejak duduk rumah ni. asek emosi je la. tatau la nape. malas. cheer la sikit kan. haih. moge2 la. lame x update belog ni. tatau nape tetibe rase nak mengomel. Penat dah nak tahan kut. ChiaOo~


Sunday, June 3

Ini adalah fakta bOlasepak

3:53:00 AM 0 Comments
1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France

2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England

3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal

4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal

5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana

6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil

7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro

8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo

9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina

10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal

11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy

Saturday, June 2

PSM oh....

4:05:00 AM 0 Comments
serius gila punye mengantuk ni. adoi la. adoi. seksa jiwe dan rage la kalau mcm ni. Otak hari2 tiap saat pk buat PSM. jalan nye idok. ekau ado? nanhado!

tau ke psm tu ape? projek sarjana muda. puii la. cm siot. bnde simple tapi buat cm seksa. sebab ape? sebab malas.

zzzzzzzzz. xde mood lak nk bebel tetibe. PSM buat aku slalu mOod swing. okei. babai~

Friday, May 4

pEsta kOnvO UTM

8:14:00 PM 0 Comments
semalam dah start Pesta Konvo UTM! hahahaha.

aku jalan ngan 4 mamat gOrgeous. kwn2 aku je pown. gojes la sgt. da la kaki paw. ehem. aku pon kaki paw juge. so no big deal la.

lepas tu tuka giliran bini muda plak, jalan ngan geng2 azpa dan hanis. ade sha, vg, sasamon. last2 berpisah. tggal la aku ngan hanis n vg. budak2 ni, jalan2 x hengat. kaki aku da kematu jalan 3 jam kat situ. dekat kul 12 baru balik. psikO habes la.

ramai Org aku jumpe. ade autOshOw. x mcm autOshOw sgt la. dia cm dok tayang kete yg versi speaker kuat2 tu. hahaha.

aku tak beli pape sgt. beli penyangkut fon. makanan. lagi pon bawak duit seplOh hengget je! zzzzz.

Wednesday, May 2

Auuww...... lelaki naik mercs tegor aku...

10:19:00 PM 2 Comments
semalam lepas kelas aku pegi la bayar bill astro umah kat pejabat pos UTM ni kn. then aku nak pegi Maybank ade hal sikit. hahaha. mase otw nk gi taman U, aku da ushar satu baby mercedes yg cun melecun kat belakang aku. smart seh. dia dr UTM gak tu. hahaha. then mase kat traffic lite, tetibe baby mercs tu lalu seblah aku, ade 2,3 org lelaki dlm tu tunjuk2 kat kete aku. rupe2nye aku tak tutup pintu rapat. HAHAHAHAHA. malu siOt!!! bikin malu seh aku nie kn!! addoi la.. dia tegur la betulkan pintu aku pastu dia senyum. :) comel je. haih. caer2.

Monday, April 23

Sebulan menjadi aku.

12:57:00 PM 3 Comments
genap sebulan arwah ayah pergi. aku tak boleh tido. kenapa. aku pon taktau.
aku tau meratap pemergian seseorang x baik. tapi maap la, aku manusia yg biasa. lemah sgt.
dah sejam aku cube tido. memang x mampu. aku rindu sgt. rindu sgt2.
peritnye rindukan seseorang yg aku sayang selama 23 tahun ni dan hilang dr aku sekelip mata. tak mampu la. serius aku x mampu. aku x cukup kuat. tp slagi aku mampu bertahan aku yakin aku bole. lagi pun sedih aku biar la aku simpan.

aku just nak cakap aku rindu. rindu sangat2. muncul dlm mimpi pun cukup la. sekali sminggu pun aku da syukur sgt2. penat nak tahan rindu mcm ni. putus cinta tu kecik je. aku taktau nk ckp rindu aku mcm mana. air mata dah sebaldi pun x bole hilangkan rindu aku. serius. aku tau keadaan mak aku mesti la lagi tak okey dr aku. sbb tu aku kne bertahan. kne kuat.

ayah, ain rindu sangat2 dekat ayah, ain tau ain bukan anak yg baik. ain x sempat nak balas jasa2 ayah, ain x sempat nk bagi ayah tengok ain graduate, amik ijazah, dtg konvo ain. gambar same2. ain tau tu impian ayah kan. ayah susah payah suruh ain belajar pandai2. ain dah cube yg terbaik nak tunaikan impian ayah taw. ain nak bg ayah rase pakai keta besa. bg duit gaji pertama ain. ain nak ayah jadi wali ain mase ain menikah. tp sume tu x sempat. Tuhan x izinkan. mungkin ada hikmahnya. ain belajar, buat yg terbaik sume untuk ayah. tp skang ayah dah takde. semangat ain dah separuh hilang.ain teruskan mane yg mampu je taw. ain nak ayah tau, walaupun ain tak manje dengan ayah mcm anak2 org lain, tp ain sangat2 sayang kat ayah. tp ain taktau nk tunjuk mcm mana. ain akan selalu doakan untuk ayah di sana. doakan jugak untuk ain dapat bertahan teruskan hidup ni dan jaga mak.='( ain kan da besa. ayah selalu pesan suruh ain jaga diri. jaga mak nanti. ayah dah tau ayah nak pergi dulu rupanya. tp ayah x sempat tnggu ain grad pun. ain cuba yg mana termampu je taw ayah.

ain rindu ayah. dtg la dalam mimpi ain. sekejap pun jadi la.

Thursday, April 12

Percintaan Ini.

8:52:00 AM 1 Comments
Assalammualaikum. lame x update. sgt lame ni. da terbiar. sekali aku update.






Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Oo oo oo

Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Oo oo oo

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Oo oo oo




lagu ni sedap. mule2 dengar sekali. ala. bese je pon. skali dengar byk3 kali. sedap la pulak. pastu asek keje layan. psiko la aku ni.

sume lagu cmni aku dpt dr dak2 laki kelas aku. yg kaki karok. dorg ni tah lagu2 mane tah dorg dpt. dgr2 mase dorg karok. sedap la pulak. pastu layan. pastu suke. pastu giler nye suke. pastu saiko. asek ulang2 sampai muntah. giler gak aku ni.

Tuesday, March 6

Farahin Oh Farahin....

1:19:00 AM 1 Comments
Siape nama Farahin? org nama Farahin ni ade sape perangai cm aku tak? pemalas.

hari ni, tak, petang ni aku rase loser tau tak. lemau cket. jap. smlm pun rase cmni. kenape? otak aku cm dah beku. belajar dah tak masok otak dah. aku syak malam ni dah kena pegi library lah. tak pon study kat KTC ke. aku memang lemau duk kat bilik.

aku pun rase kena deactivate FB. why? dialah punca! demn! aku dah gila je asek layan FB. tah ape2 lah yg aku bukak. oh dis is so demn!

esOk nak ikut hanis dan Vg buat rambut! Oyeah. nnt nk folo Sha trim rambut juge! aku? nO. aku tak terpikir lagi. tp ade cm gatal2 dan gedik la nk tuka rambut aku ni. Owh no tak bleh tak bleh.

tatau nk bebel ape. dah la eh. papai~

Tuesday, February 28

9:19:00 PM 0 Comments
Oouh~ bOsan.... tatau nak bebel ape agi nie la....
nape aku update tetibe? aku bukak pOn sebab cik Aenna Mazlan lah.. men fOlo2 lak belOg..
malas ni nak bukak sbenanye..nak taip pon malas... keje lain pon aku tak buat..ade hati nk update belOg...cheht~

nak cite ape eh? hari ni ade pesta buku kat UTM. bOsan. jangan pegi! tapi kalau korg suke buku. sile pegi. kate ade gadjet macam2 lagi lah. cheyyt! sape cakap tu meh aku nk jOtOs sikit.
buku semata mata~ pening aku tgk buku2 dengan segala kudrat aku yg malas belajar ni.

pastu pegi makan lunch. kat sedap sup. ade makan tengah hari. sedap2. harga? bole tahan la. normal. miahahaha! ade makcik mintak duit kat kitOrg dlm kedai mase makan. psikO gak makcik tu. dia xnk blah. sO bagi je la singgit. hadOi~ aku ni cepat kesian gak rupenye... =.=" demm betOl.

pastu gi isi minyak motO, pam tayar, isi minyak hitam. ahhh~ penat2. malas2. bile nak buat PSM ni?!!!

asek berjimbe jek. semalam dah guna baucer buku aku. RM100 lesap dalam sekelip mata. best!!!

bOsan ni. bOsan tau x. xnk belajar pOn!!!!

Tuesday, February 14

Tasha dan Shamim. ^_^

9:12:00 AM 0 Comments


lagu ni sedap gila tau tak. suara perempuan ni pelik tapi sedap. lembut. mendayu dayu. comel. lagu ni pun sedap je bagi aku. nice. comel. walaupun bahasa rojak org duduk kutuk2. phui. korg semua dengki. perempuan ni ada bakatlah. i respek u Tasha! =)

chaiyOok!
saye sukung anda lah!

lagu lain pun sedap2.





ni pun sedap. aku nak suruh korg dengar. so dengar je lah. jgn banyak komplen. aku debik kang!

chalOo bebeyh!

Me..gO tO Kuantan.. with.... ^_^

8:17:00 AM 0 Comments
nak update pasal ape yea? nOt much.
sebab life aku membosankan. xde melancong mcm kawan2 aku pegi Beijing, China. xde pegi bercuti kat hutan2. xde pegi Bandung, Indon. x pegi Jepun jugak. xde duit! lagi2 duit mak ayah aku dah kena tipu pulak ngan org tua keparat yg tak guna tu. damn shit kalau ingat! oke2. sile sabar ye.

cume aku ada pegi Kuantan seminggu yg lepas. dengan Shitah, my bestfren bile aku bosan kat rumah ni. Akmal (si saiko yg pelik) merangkap bestfren di kejiranan aku. dah encik Wahyu (dia ni spesel kepada Shitah)[main spOnsor] yg sudi menumpangkan kereta bau kedainye itu ke Kuantan.

pagi2 buta aku dah bangun. bersiap. mandi sarapan semua. dengan penuh semangat untuk merOnggeng walaweyh! bape lame dok umah x kuar2. ase cm tikos mondok yg x bertamadun lah taw!

sampai kat Kuantan. teros pegi CM. ape name pon tatau, x amik tau!. bOoking wayang. tgk cite ape? The Chronicles. <-- cite ni Akmal emarl la yg pilih! nase bek lah sedap. kalau tak mmg aku cencang giler ni lah.

lepas tu jalan2. fulamak! mmg mahsyuk. lapar. makan KFC. sembahyang jamak. lebih 90km weyh. paling x boleh belah. sian la kat si saiko. dia dpt ayam KFC dedua drumstick. kecik pulak tuh! pergh! kesian ko Akmal. diet free la ko hari tuh. mmg muke dia x puas hati sgt. x abes komplen ayam kecik. Shitah la yg pilih. hahaha. sambil makan ngumpat pulak org sekeliling. ade pulak org meja seblah tertinggal kunci kereta. lantak kau lah kan. bukan kereta aku pon. tah sape2 bukan aku kenal.

lepas tu jumpe satu cincin tuh. semart nak mampos! pergh. cincin kapel sbenanye. tp pedulik hape. aku bukan ade specia bOyfie. aku nk beli 1 (takkan aku nk hangkut yg jantan tu punye cincin kan, buat ape!) tapi harge rm30 lbh kan. mahal le plak. aku ase standart harge ko tu mcm rm20 lbh suda. so x beli. saving! hahaha.

lepas tu jumpe pulak satu loket tuh. unik gila! walaweyh. jatuh hati teros. tapi harge? rm40. phuii la ko. mahal gila. bole beli silver lah. teros tahan nafsu. tamao aku beli lah. membazir. aku suke yg cantik dan MURAH! hahahaha. kau hengat murah x bole bergaye ke?..demm..ko salah la beb..

jalan2 punye jalan.siap si Akmal ngan Wahyu nk terkencing terberaklah. diorg pun pening layan aku. ke sana sini cm budak hilang mak. sambil tunggu wayang kul 2 suku. jalan la lagi. ade tarian singa tp x sempat tgk. mase tu wayang dah start. kempunan lah kitorg ni.

dah tengok cite tu. duduk x macam kapel lak kan. double date gitu. olok olok je la. xde la pulak aku ngn Akmal kan. marah ler scandel beliau nnt. mamat ni x padan dengan saiko. ramai seyh peminat. patah tumbuh hilang ganti baru! yg Shitah ngn Wahyu tu. ntah lah. macam ye je? wahakakaka. xtau. kena tanye mereka sendiri. no Offence. tetibe jek nk offence2 kebende aku ni lah.

paling x bole blah. akmal ngan wahyu pakai baju ungu. cume ungu baju akmal. aih~ terang sikit. lepas tu kapel yg duduk seblah aku ngan akmal pulak! pakai sepasang yg berkaler UNGU jugak. sumpah lawak gila! hahaha. kitorg asek gelakkan dia je. sampai sepanjang hari tu aku dan Shitah rase anti ngan kaler Purple. haih!

lepas tu g Megamall. buat ape? ntah. jalan2. makan mCD for dinner. indah hari tu melantak fast food je lah. lunch KFC. dinner mcD. macam ORANG BERADA (hutak ko lah). padehal sengkek jugak. tp demi perot dan cacing2 didalamnye. maka, 1 set ayam goreng disumbat ke dlm perut buncit.

lazat weyh. gian lame x jumpe fast fOod. nampaknye Akmal puas hati sebab bertemu ayam goreng diidamkan. sbb kat CM xde mcD. mula2 mmg plan nak makan mcD lah konon. tercapai jugak hasrat aku. sikit punyelah kenyang. hahaha. puas hati!

lepas tu menuju pulang dengan gumbira. dalam kereta. start semua perjalanan pergi dan balik. aku ngan Akmal duduk belakang. pergh! macam hangin lah. dia betul2 x puas hati ngan handbag aku. Akmal, ko nk tuka jantina ehk? wahkakakaka! ape2 pun kitorg memang suke bergaduh. cari pasal. itu hobi kami. bantal pon boleh jd masalah kitorg. Wahyu, lain kali sediakan 2 bantal kat bahagian belakang eh.

balik tu pulak. Oh dem. mase Wahyu turunkan aku kat depan rumah. ade kereta hon kat belakang. memule aku cm nk emo sikit. sekali tengok. eh, Pak Cik Mahmod! ape bikin? dia nk masok parking dlm rumah aku. dan lagi 2 kereta di belakangnye. OMG.

masok dalam rumah. eh, ade Pak Cik Nordin! ramainyeee~~~ aku dah la penat!!! nak tido awal!! dengan tak tuka baju terus salam semua. masuk dapur. dan jadi bibik. okeh. dah biasa pun. ^_^ (bajet lah). penat seyh. kemas2 tolong mak aku semua. memang lepak gila. kebetulan cuti tu abg aku pun balik jugak. Along aku dan family semua ada. penoh rumah tu. beratur 6 bijik kereta. aku mase tu dah rase nk membuta. tak tahan betol. tapi takpe lah. bukan selalu ramai2 mcm tu. best! mak ayah aku memang suke org dtg rumah. hihi~ cuma penat sikit je lah. tp seronok tau.

diorg balik je. mmg teros aku tumbang. sempat gak online. sempaaatt!! esoknye. mmg lambat lah bangun. gila2 punye lambat. konon penat gila. perasan betol!

maka itulah stOry aku. Trip tO Kuantan! nothing yg best cume ianya dah cukup perfek buat aku! simple tapi enjOy. thankz tau Akmal, Shitah, Wahyu. korang menghiburkan aku. penat gelak hari tu. dan korg rajin lak layan aku kesana situ. walopon kne bebel jugaklah. ade aku kesah? muahahaha. syg kOrg deep2! korg muncul di saat aku kebosanan weyh. terharu sgt.

dan semalam aku drive lah kereta ayah aku lagi. teman mak aku beli barang. yeah! im improve so well!! no more enjin mampos. pandai imbang clush. dah biasa sikit. mnde ni memang kena praktislah. kalau tak. lembap jugak lah. hahaha. parking kete pon dah oke tapi x perfeklah~

esok nak gi KL. pahi2 dah kena bangun. nk teman ayah aku berubat. melawat cucu pakcik aku yg pertama.musti dia gumbira gila la. dapat jadi atuk! bole pahamlah seronok cmne tuh. da lame tunggu kan. seb bek ayah aku da lame jadi atuk. cucu ayh aku panggil atuk diarg "tok ayah" hahaha. comel. ayah aku sangat penyabar sebab tekak cucu dia boleh buat pecah gegendang telinga. HAHAHAHA!

oke. bosan da nak taip. nk lagi korang taiplah sendiri. babai uollls!

Asslammualaikum.

Tuesday, January 31

^____^ Hari Pertama Februari 2012

5:46:00 PM 0 Comments
Orang sebok cite pasal drama tyme cuti. pasal percutian dorang. pasal percintaan. pasal ape2 je la. cuti sem kan. mesti la HEAVEN..

Aku pon serOnok jugak. tapi 2,3 hari yang lepas agak susah hati bagi aku. ye lah, ayah aku masuk hOspital. sakit-sakit. mane tak risau. tapi sekarang dah much better. jauh lebih sehat.

demam sampai sebulan. tak nak pegi hospital. mane le mak aku tak bebel. ni dah x tahan baru nak pegi. sampai kena tahan kat wad. nak bernafas pun susah. makan x lalu. perut selalu sakit sebab masuk angin. kalau tekan perut ayh aku rase keras je. malam-malam tak boleh tido. siang pulak asyik tido je. selalu lemah. sOb3. sedih tgk ayh aku hari tu.

tapi lepas masuk wad ni dah ok. dah makan ubat. dah masuk oxygen. dah selera makan. boleh tido malam. =) rasa lega. aku ulang alik bawak keta manual dengan gagap-gagap tu pon xpe. aku tak kesah. tapi ayah aku bg upah. kelakar la. aku x mengharap pun nak dpt upah ke ape. tu kan keje aku jadi anak.

bile tengok ayah aku sakit ni, seronok bile tgk ayh aku nak manje2 ngan mak aku. nak makan macam-macam, nak mak aku teman lame sikit. tapi cakap nak kalis-kalis. control macho. mak aku pulak rajin je layan suami. pot pet pot pet tapi buat jugak. seronok kan kalau perkahwinan kekal sampai ke tua. dan boleh bertahan dengan rase sayang tu. ^_^

masuk ni dah 4 hari aku bangun awal, ulang alik 3,4 kali pegi hospital sehari. naseb baiklah dekat kan. kat muadzam pun x banyak kereta. sO owkeyh la tu. jadi hari ni ayah aku dah boleh keluar wad. petang ni. rase lega, seronok tgk ayh aku dah sehat. cuma lemah sikit je la. baru nak baik. haih~ sangat seronok. sebab tu hari ni rase hepi je.

sakit ayah aku ni doktor kata namenye 'cyst'. tatau la cmne eja dia. cmtu la kot. benda ni mcm buble dlm organ kita. mcm ayah aku ni kat bahagian limpa. so dats why la ayh aku selalu kembong perut, x selera makan, susah tido. sebelum ni ayah aku dah pergi pakar. doktor cek kat buah pinggang je. memang ade. tp pakar JB tu x cek kat limpa. x sangka efek sampai situ.

penyakit ni abang aku cek memang dia ade jugak. kat buah pinggang rasenye. doktor kata mnda ni boleh dari keturunan. so kemungkinan besar aku pon ade. tapi aku taknak cek. malas lah. sebab dulu doktor kate xde efek pon mnde ni. tapi ade pulak efek kat ayh aku ni. biar lah ye. nanti2 la aku cek. tunggu sampai wajib cek la baru aku pegi. ^_^

cuti sebulan ni memang tak cukup. =( rasa kejap pulak stay kat rumah. 22hb ni da start sem baru. kena berjuang ngan paper-paper lagi la nampaknye. subjek baru. FYP2. Ouh~ seksa pulak nak pikir skang. abaikan la ye. hOhOhO.


selamat bercuti semua.

Tuesday, January 24

Thursday, December 1

Agenda malam ini.

3:07:00 AM 0 Comments
aku rase dah terpsiko ngan ayat2 aku sendiri. monolog dalaman yg memakan diri.

so lepas ni, aku nk melepak kat library, dengan harapan aku belajar la kununnye. nampaknye, Hencik MangkOk kena mulakan malam ini. sebab minggu depan ada 2 test. nampak x hasil aku ape je? tade pape! loserr!!

so malam ni, warga library, nantikan kedatangan aku. kepada semua buku2 dan harta2 library, jgn perli aku bile nmpk aku.

yOsh! ko kena bersemangat! jgn pikir hal yg remeh2! sume tu takat lada melekat celah gigi je. berusahalah! ^_^

Aku benci perasaan ni.

2:53:00 AM 0 Comments
haah. memang aku benci. dah lame blog aku jadi sawang. tapi bile aku rase tensen, cmni la aku luahkan. bukan diari. tp .... ade mcm journal ke?

aku cume nak cakap2 je. xde ape pun. kadang2 kite lihat sekeliling. kite nampak manusia. manusia ni mcm2 pulak ragam. memanglah.

kite berkawan. tapi tak tahu bile kite akan dikhianati. kite bercinta, tak tahu bile perit nye drama cinta kite tu. sume kan ade kemungkinan. bile kite dah rase cukup perfek, tapi x semestinye org xkan nilai kite semuanya full mark. masih lagi kne kutuk dan jadi santapan mulut org2.

yg org2 ni, dah ade pun ayt " mulut org, mane kite boleh tutup." tu dia. hahaha. kan. mulut aku, ko ape kes nk kasi tutup?

hidup ni berputar je. ade karma. kite buat org, kite akan kne balik, cume kdg2 kite x sedar bile kite nk kena tu. bak kate kwn aku la, "dunia ni bulat"

seharusnye memang kite kena buat baik ngan org, sebab ape? harapan org buat baik kat kite. haruslah macam tu. tapi jgn la mengharap. sebab jgn pk la semua org baik ngan kite dan kite ni cukup baik kat mate dorg.

org2 ni mcm kite jugak, asek pandang jahat org je. cm tu la org len, asek dok pandang jahat kite je. yg kite buat baik, kdg2 dorg mane nak hengat. begitu la kan.

kite pun kutuk org hari2. jgn la pk, org xde kutuk kite kat belakang. bersepah! kdg2 kite dah buat baik kt org tu pun, still jugak la kne kutuk kn. redha je la. itu la adat hidup kat dunia ni.

aku ni kadang2 terpikir, aku hari2 gosip org, kutuk org. satu mase nanti aku kena balik. memang la kan? bile pk cmtu. aku da rase psiko sgt. rase nk senyap, menyendiri, x bercakap ngan org, terperap kat bilik jd nerd. tapi x boleh. nk berubah sekaligus cmtu, org tengok pon pelik. lepas tu, silap2 bile kite susah xde sape nk tolong. sebab? dah xde kawan, terperap dlm bilik je. aha.

susah kan pemikiran aku. xtau la korg paham ke x. tp ni baru sikit. kalau rajen aku citer lagi.

sekian.

Wednesday, November 9

Luahan aKu sebagai seOrang AnAk

12:49:00 PM 3 Comments
air mata aku x berhenti mengalir lagi ni. serius. aku x tipu pun. esok mesti mata aku bengkak. =( hari ni macam jadi kat aku. tp yg ni yg paling aku hargai. saat aku sedar kerja aku sebagai seorang anak.

aku ni memang senang menangis. so x hairan la. da la kalau aku nanges tu lame. sensitip la kalau melibatkan mak ayah ni. aku beruntung sangat still boleh menghargai mak ayah aku. so aku amik keputusan utk tak tido. nak tunggu mak ayah aku bangun. sarapan ngan diorg. selalunye mesti aku bangun lambat. dah nak petang. masa utk spending dengan diorg pendek. lepas tu aku asek online. wat de hell aku buat? kat U pun aku boleh online! aku xnak la aku lambat sedar menda2 mcm ni saat saat benda tu aku dah x boleh nak hargai lagi. aku tak nak menyesal.

setiap masa yang ade betol betol sangat bermakna. terpulang sama ada korang nak hargai atau tak. nak spending dengan awek? boifren? lelaki? perempuan? kawan2? tapi bagi aku. family comes first. da la aku tak selalu tunjuk rasa sayang kat diorg. =(
ape nak jadi ngan aku ni?

aku bersyukur sangat, Allah bagi aku kesedaran sekarang. esok nak sarapan ngan mak ayah aku! tak sabarnye. =)

aku nak hargai saat2 aku kat rumah. aku harap korang dapat rasa ape yg aku rasa ni. untuk hargai parents korang. aku taktau nak kongsi camne kat korang. tulisan aku ni mungkin tak membantu sangat. tapi.. sedikit sebanyak, aku kongsi perasaan aku ni.

semoga lepas ni aku menjadi anak yang baik. =) perbaiki diri sendiri.

thankz for reading ^_^

Friday, September 23

Hinakah jadi CLEANER??!!

7:51:00 PM 3 Comments
"hinakah jadi CLEANER!!!!
pagi ni hatiku begitu sebak melihat dua orang wanita yang bergelar ibu yg bekerja sebagai cleaner bertungkus lumus membersihkan tangga hostel asramaku..
memang la orang cakap "alaaaaaaaaaa,tangga je pon,biar la da keje diorang cmtu" tp cuba anda bayangkan wanita yang dlam usia akhir 50an melakukan kerja sebegitu yg perlu menyental lantai tangga itu dengan segala kudrat yang ad..banyak mane sangat la tenaga yg diorang ad????
dan tanpa menghiraukan perasaan malu mereka melakukan kerja sebegitu mereka trus menyental lantai tangga itu dengan bersungguh-sunggguh tanpa rase segan silu dan malu walaupun pelajar2 lain lalu lalang di situ kerana bgi mereka jika nk fikir kan malu kebulurlah nanti..
tp apa yg bermain di fikiran yg membuatkan hati ini sebak ialah bila mengenangkan jika IBU kita yg berada d tempat mereka..betapa besar nya pengorbanan mereka dalam hidup kita dri kita kecik lagi shingga kita berjaya..
walaupun kalau nk dihitungkan gaji yg diperolehi dengan kudrat kerja yg dikerah tidak seberapa tapi sanggupakah kita melihat seorang ibu yg usianye lewat 50an bekerja berat sebegitu walaupon jika dihitugkan pada mase sekarang mungkin patot bermain dengan cucu2 mereka sambil bergelak ketawa..
terdetik di benak fikiranku mengapakah mereka nk sangat keje cmtu??perlu ke keje??x kan xda ank2 nk bgi duit???
ak pnah tanye slah sorg dri mereka"kenapa mak cik keje jdi cleaner ea??anak mak cik x bgi duit ke??"lalu mak cik tu pun jwab"nk buat mcm mane nak,ni je keje yang mak cik mampu buat demi mndaptkan wang untuk menyara hidup..anak2???diorang sibuk keje kt tmpat masing2..balik pon jarang2 sekali,call pon bila prlu je"...ak terfikir dan terus berfikir adakah kita nanti bila dah dwasa dan bekerjaya akan buat mcm tu kat parenz kita???walau pape pon yg berlaku hargai lah parenz kita sementara mereka masih hidup...x kesah la ko kaya bagai nak rak sekalipon tp ko kna ingat mostly people in diz world lahir ikut rahim ibu!!!so,x yah la nk berlagak tahap gaban!!!hormat la mereka walaupon mereka tu kerja sbgai CLEANER....
betapa besarnya pengorbanan mereka walaupon mereka hanya bekerja sebagai CLEANER..ak doakan mak cik2 tu dipanjangkan umo dan dimurahkan rzki dan selalau mndapat rahmat serta rahim-Nya..amin....I LOVE MY UMI ABAH!!!"

this post aku ambik dekat mukabuku tadi. touching. aku mintak-mintak la aku takkan lupakan parents aku kalau berjaya nanti. manusia boleh berubah kan. aku takut kalau aku dari golongan yang sedar diri kalau dah berjaya. tak lupa keluarga dan sedara mara.

credit to Fahmi Hussain.

Monday, September 19

Jamuan Raya UTM Skudai. Mewah?

10:28:00 PM 0 Comments
Mengkal. korang pernah dengar? perkataan ni ditujukan buat perut aku. maka ayat dia "perut aku mengkal dah". maksud mengkal ni adelah meregang. boncet. cam nak pecah. aku rasa la. perkataan ni aku dapat dari mak aku. mane tah dia amek. ade je perkataan pelik-pelik yang aku dengar dari mak. hihihi. kadang-kadang aku pun tak paham tapi bila sesuaikan dengan ayat, jadi macam "Ooo.. paham-paham."

tadi aku pergi makan-makan kat padang kawad UTM. u know. ade jamuan raya for student. alahai. kompem la aku pegi. makan free. ko tau duit dalam dompet aku ni la ade sekian.sekian. sekian. memang tak cukup la kan nak hidup. abg JPA tamo bagi duit lagi, maka merengkek la saya. (Padehal masa masuk U ari tu da dapat rm300). lichiiinnn duet aku nyah!!
nafsu macam anak orang kaya. puiihh. tah bila aku nak berubah. tapi bila dah tak ada duit macam ni baru kau sedar la kan. hihihi. puasa lagi bagus. jimat sikit, ambik sunat, boleh puasa ganti sekali. alasan baguss....

maka tadi aku da kawan-kawan telah menonggeng-nonggeng berebut makanan macam orang utan lapar tak cukup zat. kebulur? memang! hahaha. ada lemang, nasi himpit, nasi beriyani, sup dan roti, air limau, laksa penang. semua sedap-sedap. separuh nyawa aku pertaruhkan untuk dapatkan makanan. padehal memang hobi aku berebut-rebut ni. macam sumo dah masa nak serang makanan dengan baju kurung gini. hari ni je la aku pakai baju kurung, kau ingat aku suka nak pakai selalu. saje berlakon sempena hari raya ni. ade kau kesah?

Tajuddin Ninggal pun ade tadi. beliau memang sporting. masa makan dia jenjalan melawat student. tapi bile dah nak balik baru dia lalu port aku. =.=" tak sempat nak bermesraan. port kitorang dengan 10 orang budak kelas aku memang tak hengat orang lain. bising kemain. makanan melimpah ruah. ambik tamak nak mampos. tapi ape kes la, boleh tapau kan. makan malam pulak. hohoho. serius kalau orang cakap kami tahun 4 final year student tak ada sape caye. tak boleh nak banggekan la. maaf la ye Fakulti Elektrik. malang jugak kau dapat student final year macam kami.

lepas kelas tadi aku cari lecturer/supervisor untuk PSM aku. ye, itulah namanya Prof Madya Dr Nik Rumzi. nebeesshh. sedang tanye abang lab, maka Prof pun kebetulan lalu depan kitorang. bertuahnya tak payah susah-susah cari beliau. sporting je. nampak macam baik. tapi dengar kata beliau hebat gila. ala-ala taiko machine la kan, drivers, motors ni suma. alemak hai. kompem dia expect tinggi kan. gerun jugak aku. kitorang akan jumpa jumaat petang ni, beliau agak bz dengan kelas. khamis kitorang pulak pack dengan jadual. harap-harap beliau sporting, memahami dan akan banyak membantu la. aku cuak nak buat PSM sebab dengar suma orang kata pecah kepala. uii. ngeri. kalau boleh nak la enjoy-enjoy dan paham betul-betul kan doa banyak-banyak.

petang ni free. tapi khamis pack. paling aku tak nak hari khamis. aduaaaii. mengantok pulak hujan-hujan gini. bertuah aku pegi jamuan raya masa belum hujan. Alhamdulillah. [aku siap tapau 3,4 lauk balik bilik. makan malam. pedulik ape aku.] dia sediakan makanan untuk 7000 orang tau tak! rugi la korang tak makan. banyak jugak lebih-lebihan tadi. buat kat tapak konvo je. esok dah start pesta konvo tau. datang la ye!

maka petang ni patutnye kena print nota tapi, macam malas pulak lah. tido je la ok. =)


Sunday, September 18

Dem...Dem...Dem...mane entry aku!!!

10:11:00 PM 0 Comments
Kau tulis entry panjang-panjang, lepas nak publish post tetibe...



menatang ni pun keluar. maksudnye??
maksudnye entry aku hilang la!!!! Doll...dol..dol...

tensi aku. panjang tau aku tulis. da la nak gi kelas ni. bikin emO je la. aku dah banyak kali sabar je dengan wifi ni. sabar tau. tau!

da la..nak sembahyang cari ketenangan.
chaihhtt wifi!


Sunday, September 11

UTM.... Oh UTM...

7:06:00 PM 2 Comments
balik kampung...Ooowwwoooooo...owwwoooo..... aku bukan nak balik kampung pun la. aku balik UTM yang tercinta. UTM mana? UTM Skudai la. yang kat Johor tu tau tak.
Bosan? bukan takat bosan dah ni, aku tensen, bosan, sakit jiwa, teknana mental, murung, memberontak. sebab? makanan kat U tak sedap, kena bayar, kena basuh kain yang berbayar, kena belajar, busy, bangun awal, tak ada internet. sadis! aku tensen!
bile nak cuti next sem lagi? aduhai. aku rasa tertekan. seronok la jumpa kawan-kawan, tapi lagi seronok kalau dapat stay kat rumah je. mOod memang belum ada nak belajar. aku tak ada kesedaran lagi.

Doakan perjalanan aku dan family ke JB selamat. tengah hari ni ada open house pulak! makan lagi. aih~ sedap-sedap. =)

Jatuh semasa Wedding?

7:17:00 AM 0 Comments
Baru-baru ni aku ada pergi kenduri kahwin saudara aku kat KL. sO, Jumaat tengah hari kitorang bertolak. aku yang baru balik dari kedai RM2 ni terkocoh-kocoh kemas barang. memang fast track la. sampai kat KL, ade jugak la menempuh jammed kat beberapa tempat. sebab tu ayah bising kitorang kena gerak awal untuk elak jammed.
Kristal macam biasa la, jaga rumah. kesian Kristal kena tinggal. kitorang letak banyak makanan kat dalam pinggan Kristal takut dia lapar sebab kitorang akan bermalam kat Kajang satu malam je la.
sampai di Kl dalam jam 5 petang, dekat flat Sri Sarawak rasanya tempat pakcik aku tu. dekat sangat dengan LRT Hang Tuah. Hang Tuah ke Hang Jebat? aku dah tak ingat. lama dah tak naik LRT. boleh jakun semule kalau naik lepas ni. ini rumah sewa beliau je. rumah beliau yang betul di Kajang. malam tu kitorang akan tido kat Kajang.
kitorang gerak pergi PJ lepas maghrib, ini kenduri anak kepada datuk saudara aku. aku panggil dia Tok Ucu. dia buat jamuan malam untuk perkahwinan anak perempuan dia. yang ni khas untuk keluarga sahaja. nanti dia kana buat wedding untuk kawan-kawan dia pulak. ye la, saudara ni jauh-jauh. suka lepak-lepak lepas makan, bagus dia buat macam tu. dia pun dah pangkat Dato'. kalau ade kawan-kawan dia nanti kami sedara mara ni tak selesa nak bising-bising. Oh, cendol malam tu sangat sedap. 3 mangkuk aku tibai.
sampai rumah pakcik aku di Kajang jam 11 lebih. penat sangat. aku sempat mandi, then terus tertido. serius penat. esoknya perjalanan ke Shah Alam pulak. Dewan Guthrie. Perkahwinan anak kepada sepupu ayah aku. meriah walaupun perkahwinan anak lelaki. superb. ye la. maklum Dato' juga.
makanan macam-macam. lemang, nasi, kambing, kuih-muih. macam-macam lah. sampai pening aku nak makan.
Oh. aku teringat tentang peristiwa tu dimana seorang awek hot memang tip top jatuh tersembam ke lantai. agak memalukan tapi aku lebih kepada kesian dengan beliau. sebab aku pun pernah alami benda macam tu jugak. memang malu la. beliau sangat cantik, pakai baju putih lace. masa aku kitai bunga dalam pasu untuk meja makan tu, aku ade ushar dia datang dari luar dewan dengan seorang lelaki berbaju biru. dalam hati aku memang berbisik, cun awek ni, cantik kasut dia.
sekali masa kusyuk design bunga, aku dengar bunyi benda jatuh kat belakang aku. rupa-rupanya awek tu da tersembam ke lantai, blackberry dia jatuh bersepai kat kaki aku tapi x rosak la kot. aku pun tolong la kutip. benda pertama yang terdetik, aku risau muke dia luka, tercalar ke, sebab dia cantik, lagipun kat wedding kan. dia bangun dengan susah payah, aku nak tolong dia bangun tapi takut macam tak sesuai, aku rasa biarlah lelaki yang jalan dengan dia yang angkat dia, mungkin suami dia ke tu. aku bagi blackberry dia yang jatuh tu. muka dia macam nak menangis time tu, mungkin dia malu agaknya, tapi tak ada sesiapa yang gelakkan dia, semua kesian sebab risau dia sakit kat mana-mana. kemungkinan kami ialah dia tersadung kat tile yang tak rata. aku tengok baju beliau kotor dah kena lantai yang basah dan licin tu. maklum la, baru lepas hujan, bumbung luar dewan tu pun ada yang bocor pulak. setelah berborak tentang kes itu semasa dirumah, mak cik aku cakap, lelaki yang bersama perempuan tu adelah adik pengantin lelaki. mungkin dia jemput awek dia datang kot.
aish. kesian betul. teringat time aku jatuh kat dewan makan masa sekolah dulu. malu habis. semua orang tengok lepas tu buat bodo. ade sorang akak ni tolong aku.
on da way balik tu, sempat kami menyinggah ke rumah Mak Cik Izza dan Pak Cik Zul. dekat-dekat situ jugak. besar rumah dia. 6 bilik, 6 bilik air. ada kolam ikan. dia buat open house. saudara mara aku ni dok la menangkap ikan talapia yang Cik Izza bela nk buat lauk kat rumah. aish. tak sampai hati aku. mak aku tak nak ambil pun. dia pun kesian. haram je.
malam tu kami kemas-kemas barang dan balik la ke Pahang. aish. penat gila lah. aku ngantok sangat. tapi tak sampai hati nak tido sebab kesian kat ayah aku drive sorang-sorang. nanti dia ngantok pulak. mak aku dah tido dah la. so aku borak-borak la ngan ayah aku nak hilangkan penat dia. bertolak dari Kajang jam 9.30, sampai Muadzam jam 12.10. uiks. laju ayah aku bawak. memang la, habis semua dia potong. bawak tak kurang dari 100km/hours. masa kat kuala pilah je bawak slow sebab follow belakang kereta JPJ. hahahaha. balik tu pun ayah aku bukan tido, dia layan bola pulak. aih. =.="


Wednesday, September 7

Kalau korang betul-betul manusia, korang mesti lakukan ini.

10:23:00 PM 0 Comments
Go to this link. Letak Nama dan IC. submit. tak susah kan menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab. jangan sampai haiwan2 ni memberontak pada manusia nanti.

Stop Animal Abuse In Malaysia : Online Petition:



Animal abuse is increasingly rampant in Malaysia, with senseless abuses and killings by local councils and cold-blooded people. We must act NOW, and act FAST.

Let's play a role in stopping animal abuse and cruelty! We aim to collect 50,000 signatures ASAP and present it to our Prime Minister.

Please sign the joint online petition by leading Malaysian animal welfare NGOs, and show how much you care about the animals. Spread the word to your friends too.

Together, we can make a difference.

Sign Petition Now:
http://StopAnimalAbuse.PetFinder.my/

=.=" SHR for...

8:06:00 AM 4 Comments
SeLaMaT Hari RaYa!!!!!!




Raya sebulan kan? sO belum lambat lagi nak ucap SELAMAT HARI RAYA!!!

aku tak banyak gambar raya. tak rajen ambil gambar. hahaha. muka tak market sangat. =P

Selamat Hari Raya ye. Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang telah rasa kecil hati, dan saya buat dosa dengan kamu semua. 0-0 tau!!

Stop Animal Abuse In Malaysia : Online Petition

5:32:00 AM 2 Comments
Stop Animal Abuse In Malaysia : Online Petition:



Animal abuse is increasingly rampant in Malaysia, with senseless abuses and killings by local councils and cold-blooded people. We must act NOW, and act FAST.

Let's play a role in stopping animal abuse and cruelty! We aim to collect 50,000 signatures ASAP and present it to our Prime Minister.

Please sign the joint online petition by leading Malaysian animal welfare NGOs, and show how much you care about the animals. Spread the word to your friends too.

Together, we can make a difference.

Sign Petition Now:
http://StopAnimalAbuse.PetFinder.my/

Dance Lovers.. ^_^ [Begging]

5:04:00 AM 2 Comments


Aku terlalu gemok untuk menari. tapi aku minat menari. tengok orang menari pun aku boleh terpukau, tercengang, ternganga. kalau ada orang yang nak ajar aku menari free. infOrm la ye! aku teringin sangat. hihihi. tapi kena terima la kegemOkan aku ni. enjOy this dance. bagi aku, tarian, lagu semua dalam this song semua kena. saannteekkk bangett!!

Tuesday, September 6

PETKNODE is UNFORGIVEN!

11:55:00 AM 0 Comments

Kalau aku ada kekayaan sekarang, aku tak fikir panjang. 20% aku akan bantu haiwan-haiwan terbiar. aku akan bagi diorang makanan. bagi diorang keselesaan. kalau boleh aku nak kuceng-kuceng lain rase keselesaan yang kuceng aku rasa.

mesti korang pertikaikan, baik bagi anak-anak yatim?

ye memang betul aku takkan lupa untuk diOrang cuma aku lebih tekankan pade haiwan terbiar kenapa? sebab tak banyak yang membantu mereka. kadang-kadang mereka ni suka cakap je tapi buatnya tak ada pun. sekadar nak tunjuk concern. aku tak menuding pada sesiapa cuma yang rasa diri begitu, jangan la hipOkrit sangat.

mesti korang ade dengar pasal PETKNODE yang **** tu kan? serius aku tersentap bile tau. mulanya aku ingat ni berita yang biasa-biasa. tapi ni melibatkan 300 ekor kuceng. korang bayangkan. 300!! 16 MATI!! bOleh pikir tak. yang sekOr mati kene bunuh dengan manusia binatang ni pun aku dah sentap, inikan pulak yang sampai 16 ~ 20 ekor ni.

aku dapat berita masih ade yang belum dijumpai. kalau kOrang tak prihatin pasal benda-benda macam ni, memang! sebab kOrang belum kena.

PETKNODE ni dibayar. Okay let say dengan harga yang murah. tapi kOrang dibayar kan? apabila kOrang dibayar, korang mengambil tanggungjawab tu, untuk menjaga kuceng-kuceng owner ni dengan harapan kuceng tu masih hidup selepas balik raya! bOdOh!

aku tekankan pada kuceng yang dah meninggal dunia tu. sebab tu aku begitu marah.

kOrang nak back up PETKNODE?? silakan la. kOrang bagi hujah 1001 macam pun bagi aku PETKNODE tetap berada di pihak yang salah dan layak dikenakan hukuman bukan takat denda RM200 yang celah gigi diOrang tu je lepas dah sapu beribu duit-duit owner kuceng ni. pembunuh!

bergenang air mata aku ni tengok ibu kuceng dan anak kuceng mati sama-sama dengan mata terbukak. boleh tak korang bayangkan kalau manusia yang mati camtu? tak payah cakap la tak same. beza nya haiwan dengan binatang tapi kuceng ade perasaan jugak.

tergamak ek diOrang tengok je binatang ni mati. susah sangat ke kalau nak bagi makanan, aku ngaku, susah nak cuci taik diOrang sume, tapi nak tabur makanan, tuang air. lepas owner dah suap korang dengan duit. korang buat ape dengan duit tu? beli baju raya? enjoy? dengan duit haram gitu. aku doakan Tuhan tunjukkan la jalan yang benar kat korang.

semoga sampai korang dapat rasa ape yang owner-owner kucing ni rasa dan kuceng tu sendiri rasa, mungkin masa tu baru aku boleh maafkan korang.

ade kisah makcik aku ceritakan, seorang perempuan cina di depan rumahnya yang sangat kejam tu, tau ape dibuatnya?
siram air panas pada seekor kucing yang sarat bunting, tunggu hari nak beranak sampai kucing tu menggelupur sehingga mati! Cela*a tau tak?
tapi ini perempuan kafir. dosa dia Tuhan dah sediakan balasan. yang Islam, Melayu ni, memalukan . sangat-sangat memalukan.

kuceng ni dah dianggap macam family tau tak. korang yang tak bela kucing tak kan faham. tak pernah faham. jadi jangan berbunyi macam korang faham. sedangkan Nabi sendiri sayangkan kucing haiwan kesayangan Nabi.

renungkanlah kisah- kisah ini :

Didalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak perkembangan islam.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam cerita lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeOw ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggalkan oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Menurut hadist Imam Bukhari bersabda Rasulullah yang artinya: "ada seekor anjing yang berputar-putar di sekeliling sebuah sumur yang hampir mati karena kehausan, tiba-tiba seorang wanita tuna susila dari Bani Israel melihatnya, lalu ia melepaskan sepatunya untuk mengambil air yang kemudian diminumkannya kepada anjing tersebut. Kerana amalannya itulah kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala berkenan mengampuninya”.

Ketika memasuki Kota Makkah setelah menaklukkan tentara Quraisy, salah satu perintah Rasul adalah tidak membunuh satu apa pun yang ada di kota suci itu.

Sebuah hadits nabi yang diriwayatkan Muslim ibn al-Hajjaj al-Naysaburi, shahih Muslim, yang ertinya; “Ketika kamu melakukan perjalanan melalui sebuah daerah yang subur, maka perlambatlah agar unta-untamu sempat makan rumput. Dan jika kamu melewati sebuah wilayah yang tandus dan kering, percepatlah langkahmu untuk menyedikitkan rasa lapar yang menimpa binatang-binatang itu.”

Rasulullah pun pernah bersabda yang artinya; “Tuhan yang Maha Penyayang memberikan kasih sayang-Nya kepada orang-orang yang penyayang. Jika kamu menunjukan kasih sayangmu pada mereka yang ada dimuka bumi, maka di surga, Dia akan menunjukan kasih sayang-Nya padamu.” (Abu Isa Muhammad ibn Sawrah al Tirmidzi).


sedar tak kesalahan korang yang menyiksa kucing ni? renungkanlah.


Monday, September 5

Renungkanlah....kisah seOrang anak..

12:35:00 PM 1 Comments

Kisah Pemuda Alim Yang Menderita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri Lebih Dari Ibunya

Di zaman Rasullullah s.a.w. ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Satu hari tiba-tiba ia jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasullullah dan mengatakan suaminya sakit kuat, dan dalam nazak sakaratul maut. Apabila berita ini sampai pada Rasullullah, maka Rasullullah menyuruh BiIal.r.a., AIi.r.a, Salama.r.a. dan Ammar.r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah, dan apabila mereka sampai di rumah Alqomah, sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-haiIIaIIah, tetapi Iidah alqomah tidak dapat menyebutnya.

Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh BiIaI.r.a supaya memberitahu Rasullullah tentang Alqomah. Apabila Bilal sampai di rumah Rasullullah, maka Bilal menceritakan segala hal yang berlaku di rumah Alqomah.

LaIu Rasullullah bertanya kepada Bilal;

"Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab BiIaI.r.a.; "Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya".

Kemudian Rasullullah s.a.w berkata kepada Bilal;

"Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan padanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan ke rumahnya".

Maka apabila Bilal sampai di rumah Ibu Alqomah, IaIu ia berkata seperti yang Rasullullah kata kepadanya, maka berkata Ibu Alqomah; "Aku Iebih patut berjumpa Rasullullah".

LaIu ibu Alqomah mengambil tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasullullah, sampal di rumah Rasullullah laIu Ia memberi salam dan terus masuk dan duduk di hadapan Rasullullah.

Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah;"Terangkan kepadaku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku".

Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Alqomah sangat rajin beribadat, sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya".



Bertanya Rasullullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya, "aku murka kepadanya", IaIu Rasullullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia Iebih mengutamakan isterinya dari aku dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".

Maka berkata Rasullullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci Iidahnya dari mengucap La ilaha iIIalIah", kemudian Nabi s.a.w. menyuruh Bilal mencari kayu api utuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasullullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasullullah kamu hendak membakar putraku di depan mataku? Bagaimana hatiku dapat menerimanya".

Kemudian berkata Rasullullah s.a.w.; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah ampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya, demi Allah yang jiwaku di tangannya, tidak akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya".

Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasullullah, aku persaksikan kepada Allah di langit dan kau ya Rasullullah dan mereka-mereka yang hadir di sini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".

Maka Rasullullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucap La ilaha illallah atau tidak". Berkata Rasullullah lagi kepada Bilal; "Aku khuatir, kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dan hatinya". Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La ilaha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada di sini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Alqomah dan dapat mengucapkan kalimah La ilaha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik sahaja dia mengucap.

Maka Rasullullah s.a.w. pun sampal di rumah Alqomah sambil berkata;"Segeralah mandi dan kafankan lalu disembahyangka oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, barangsiapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka Ia adalah dilaknat oleh Allah s.w.t., dan tidak diterima daripadanya ibadat fardu dan sunatnya.

I'm bLuE........

12:24:00 PM 0 Comments
pernah dengar lagu ni? best kan? kalau aku dengar lagu ni, tau tak ape yang keluar dalam bayangan aku. zaman sekolah. tak tau kenapa.
kOrang pernah tak kalau dengar lagu-lagu lama, lepas tu ade kenangan yang tetibe je kOrang teringat. aku macam tu la. lepas tu hati tu rasa macam nak runtuh je. sebab rasa macam kembali kat zaman silam kejap. jasad tu macam dah tak pijak kat bumi. sampai macam tu sekali tau.serius.

enjOy this sOng =)



Follow Me @farahinesa