Sunday, September 11

Jatuh semasa Wedding?

Baru-baru ni aku ada pergi kenduri kahwin saudara aku kat KL. sO, Jumaat tengah hari kitorang bertolak. aku yang baru balik dari kedai RM2 ni terkocoh-kocoh kemas barang. memang fast track la. sampai kat KL, ade jugak la menempuh jammed kat beberapa tempat. sebab tu ayah bising kitorang kena gerak awal untuk elak jammed.
Kristal macam biasa la, jaga rumah. kesian Kristal kena tinggal. kitorang letak banyak makanan kat dalam pinggan Kristal takut dia lapar sebab kitorang akan bermalam kat Kajang satu malam je la.
sampai di Kl dalam jam 5 petang, dekat flat Sri Sarawak rasanya tempat pakcik aku tu. dekat sangat dengan LRT Hang Tuah. Hang Tuah ke Hang Jebat? aku dah tak ingat. lama dah tak naik LRT. boleh jakun semule kalau naik lepas ni. ini rumah sewa beliau je. rumah beliau yang betul di Kajang. malam tu kitorang akan tido kat Kajang.
kitorang gerak pergi PJ lepas maghrib, ini kenduri anak kepada datuk saudara aku. aku panggil dia Tok Ucu. dia buat jamuan malam untuk perkahwinan anak perempuan dia. yang ni khas untuk keluarga sahaja. nanti dia kana buat wedding untuk kawan-kawan dia pulak. ye la, saudara ni jauh-jauh. suka lepak-lepak lepas makan, bagus dia buat macam tu. dia pun dah pangkat Dato'. kalau ade kawan-kawan dia nanti kami sedara mara ni tak selesa nak bising-bising. Oh, cendol malam tu sangat sedap. 3 mangkuk aku tibai.
sampai rumah pakcik aku di Kajang jam 11 lebih. penat sangat. aku sempat mandi, then terus tertido. serius penat. esoknya perjalanan ke Shah Alam pulak. Dewan Guthrie. Perkahwinan anak kepada sepupu ayah aku. meriah walaupun perkahwinan anak lelaki. superb. ye la. maklum Dato' juga.
makanan macam-macam. lemang, nasi, kambing, kuih-muih. macam-macam lah. sampai pening aku nak makan.
Oh. aku teringat tentang peristiwa tu dimana seorang awek hot memang tip top jatuh tersembam ke lantai. agak memalukan tapi aku lebih kepada kesian dengan beliau. sebab aku pun pernah alami benda macam tu jugak. memang malu la. beliau sangat cantik, pakai baju putih lace. masa aku kitai bunga dalam pasu untuk meja makan tu, aku ade ushar dia datang dari luar dewan dengan seorang lelaki berbaju biru. dalam hati aku memang berbisik, cun awek ni, cantik kasut dia.
sekali masa kusyuk design bunga, aku dengar bunyi benda jatuh kat belakang aku. rupa-rupanya awek tu da tersembam ke lantai, blackberry dia jatuh bersepai kat kaki aku tapi x rosak la kot. aku pun tolong la kutip. benda pertama yang terdetik, aku risau muke dia luka, tercalar ke, sebab dia cantik, lagipun kat wedding kan. dia bangun dengan susah payah, aku nak tolong dia bangun tapi takut macam tak sesuai, aku rasa biarlah lelaki yang jalan dengan dia yang angkat dia, mungkin suami dia ke tu. aku bagi blackberry dia yang jatuh tu. muka dia macam nak menangis time tu, mungkin dia malu agaknya, tapi tak ada sesiapa yang gelakkan dia, semua kesian sebab risau dia sakit kat mana-mana. kemungkinan kami ialah dia tersadung kat tile yang tak rata. aku tengok baju beliau kotor dah kena lantai yang basah dan licin tu. maklum la, baru lepas hujan, bumbung luar dewan tu pun ada yang bocor pulak. setelah berborak tentang kes itu semasa dirumah, mak cik aku cakap, lelaki yang bersama perempuan tu adelah adik pengantin lelaki. mungkin dia jemput awek dia datang kot.
aish. kesian betul. teringat time aku jatuh kat dewan makan masa sekolah dulu. malu habis. semua orang tengok lepas tu buat bodo. ade sorang akak ni tolong aku.
on da way balik tu, sempat kami menyinggah ke rumah Mak Cik Izza dan Pak Cik Zul. dekat-dekat situ jugak. besar rumah dia. 6 bilik, 6 bilik air. ada kolam ikan. dia buat open house. saudara mara aku ni dok la menangkap ikan talapia yang Cik Izza bela nk buat lauk kat rumah. aish. tak sampai hati aku. mak aku tak nak ambil pun. dia pun kesian. haram je.
malam tu kami kemas-kemas barang dan balik la ke Pahang. aish. penat gila lah. aku ngantok sangat. tapi tak sampai hati nak tido sebab kesian kat ayah aku drive sorang-sorang. nanti dia ngantok pulak. mak aku dah tido dah la. so aku borak-borak la ngan ayah aku nak hilangkan penat dia. bertolak dari Kajang jam 9.30, sampai Muadzam jam 12.10. uiks. laju ayah aku bawak. memang la, habis semua dia potong. bawak tak kurang dari 100km/hours. masa kat kuala pilah je bawak slow sebab follow belakang kereta JPJ. hahahaha. balik tu pun ayah aku bukan tido, dia layan bola pulak. aih. =.="


No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa