Monday, September 19

Jamuan Raya UTM Skudai. Mewah?

Mengkal. korang pernah dengar? perkataan ni ditujukan buat perut aku. maka ayat dia "perut aku mengkal dah". maksud mengkal ni adelah meregang. boncet. cam nak pecah. aku rasa la. perkataan ni aku dapat dari mak aku. mane tah dia amek. ade je perkataan pelik-pelik yang aku dengar dari mak. hihihi. kadang-kadang aku pun tak paham tapi bila sesuaikan dengan ayat, jadi macam "Ooo.. paham-paham."

tadi aku pergi makan-makan kat padang kawad UTM. u know. ade jamuan raya for student. alahai. kompem la aku pegi. makan free. ko tau duit dalam dompet aku ni la ade sekian.sekian. sekian. memang tak cukup la kan nak hidup. abg JPA tamo bagi duit lagi, maka merengkek la saya. (Padehal masa masuk U ari tu da dapat rm300). lichiiinnn duet aku nyah!!
nafsu macam anak orang kaya. puiihh. tah bila aku nak berubah. tapi bila dah tak ada duit macam ni baru kau sedar la kan. hihihi. puasa lagi bagus. jimat sikit, ambik sunat, boleh puasa ganti sekali. alasan baguss....

maka tadi aku da kawan-kawan telah menonggeng-nonggeng berebut makanan macam orang utan lapar tak cukup zat. kebulur? memang! hahaha. ada lemang, nasi himpit, nasi beriyani, sup dan roti, air limau, laksa penang. semua sedap-sedap. separuh nyawa aku pertaruhkan untuk dapatkan makanan. padehal memang hobi aku berebut-rebut ni. macam sumo dah masa nak serang makanan dengan baju kurung gini. hari ni je la aku pakai baju kurung, kau ingat aku suka nak pakai selalu. saje berlakon sempena hari raya ni. ade kau kesah?

Tajuddin Ninggal pun ade tadi. beliau memang sporting. masa makan dia jenjalan melawat student. tapi bile dah nak balik baru dia lalu port aku. =.=" tak sempat nak bermesraan. port kitorang dengan 10 orang budak kelas aku memang tak hengat orang lain. bising kemain. makanan melimpah ruah. ambik tamak nak mampos. tapi ape kes la, boleh tapau kan. makan malam pulak. hohoho. serius kalau orang cakap kami tahun 4 final year student tak ada sape caye. tak boleh nak banggekan la. maaf la ye Fakulti Elektrik. malang jugak kau dapat student final year macam kami.

lepas kelas tadi aku cari lecturer/supervisor untuk PSM aku. ye, itulah namanya Prof Madya Dr Nik Rumzi. nebeesshh. sedang tanye abang lab, maka Prof pun kebetulan lalu depan kitorang. bertuahnya tak payah susah-susah cari beliau. sporting je. nampak macam baik. tapi dengar kata beliau hebat gila. ala-ala taiko machine la kan, drivers, motors ni suma. alemak hai. kompem dia expect tinggi kan. gerun jugak aku. kitorang akan jumpa jumaat petang ni, beliau agak bz dengan kelas. khamis kitorang pulak pack dengan jadual. harap-harap beliau sporting, memahami dan akan banyak membantu la. aku cuak nak buat PSM sebab dengar suma orang kata pecah kepala. uii. ngeri. kalau boleh nak la enjoy-enjoy dan paham betul-betul kan doa banyak-banyak.

petang ni free. tapi khamis pack. paling aku tak nak hari khamis. aduaaaii. mengantok pulak hujan-hujan gini. bertuah aku pegi jamuan raya masa belum hujan. Alhamdulillah. [aku siap tapau 3,4 lauk balik bilik. makan malam. pedulik ape aku.] dia sediakan makanan untuk 7000 orang tau tak! rugi la korang tak makan. banyak jugak lebih-lebihan tadi. buat kat tapak konvo je. esok dah start pesta konvo tau. datang la ye!

maka petang ni patutnye kena print nota tapi, macam malas pulak lah. tido je la ok. =)


No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa