Tuesday, September 6

PETKNODE is UNFORGIVEN!


Kalau aku ada kekayaan sekarang, aku tak fikir panjang. 20% aku akan bantu haiwan-haiwan terbiar. aku akan bagi diorang makanan. bagi diorang keselesaan. kalau boleh aku nak kuceng-kuceng lain rase keselesaan yang kuceng aku rasa.

mesti korang pertikaikan, baik bagi anak-anak yatim?

ye memang betul aku takkan lupa untuk diOrang cuma aku lebih tekankan pade haiwan terbiar kenapa? sebab tak banyak yang membantu mereka. kadang-kadang mereka ni suka cakap je tapi buatnya tak ada pun. sekadar nak tunjuk concern. aku tak menuding pada sesiapa cuma yang rasa diri begitu, jangan la hipOkrit sangat.

mesti korang ade dengar pasal PETKNODE yang **** tu kan? serius aku tersentap bile tau. mulanya aku ingat ni berita yang biasa-biasa. tapi ni melibatkan 300 ekor kuceng. korang bayangkan. 300!! 16 MATI!! bOleh pikir tak. yang sekOr mati kene bunuh dengan manusia binatang ni pun aku dah sentap, inikan pulak yang sampai 16 ~ 20 ekor ni.

aku dapat berita masih ade yang belum dijumpai. kalau kOrang tak prihatin pasal benda-benda macam ni, memang! sebab kOrang belum kena.

PETKNODE ni dibayar. Okay let say dengan harga yang murah. tapi kOrang dibayar kan? apabila kOrang dibayar, korang mengambil tanggungjawab tu, untuk menjaga kuceng-kuceng owner ni dengan harapan kuceng tu masih hidup selepas balik raya! bOdOh!

aku tekankan pada kuceng yang dah meninggal dunia tu. sebab tu aku begitu marah.

kOrang nak back up PETKNODE?? silakan la. kOrang bagi hujah 1001 macam pun bagi aku PETKNODE tetap berada di pihak yang salah dan layak dikenakan hukuman bukan takat denda RM200 yang celah gigi diOrang tu je lepas dah sapu beribu duit-duit owner kuceng ni. pembunuh!

bergenang air mata aku ni tengok ibu kuceng dan anak kuceng mati sama-sama dengan mata terbukak. boleh tak korang bayangkan kalau manusia yang mati camtu? tak payah cakap la tak same. beza nya haiwan dengan binatang tapi kuceng ade perasaan jugak.

tergamak ek diOrang tengok je binatang ni mati. susah sangat ke kalau nak bagi makanan, aku ngaku, susah nak cuci taik diOrang sume, tapi nak tabur makanan, tuang air. lepas owner dah suap korang dengan duit. korang buat ape dengan duit tu? beli baju raya? enjoy? dengan duit haram gitu. aku doakan Tuhan tunjukkan la jalan yang benar kat korang.

semoga sampai korang dapat rasa ape yang owner-owner kucing ni rasa dan kuceng tu sendiri rasa, mungkin masa tu baru aku boleh maafkan korang.

ade kisah makcik aku ceritakan, seorang perempuan cina di depan rumahnya yang sangat kejam tu, tau ape dibuatnya?
siram air panas pada seekor kucing yang sarat bunting, tunggu hari nak beranak sampai kucing tu menggelupur sehingga mati! Cela*a tau tak?
tapi ini perempuan kafir. dosa dia Tuhan dah sediakan balasan. yang Islam, Melayu ni, memalukan . sangat-sangat memalukan.

kuceng ni dah dianggap macam family tau tak. korang yang tak bela kucing tak kan faham. tak pernah faham. jadi jangan berbunyi macam korang faham. sedangkan Nabi sendiri sayangkan kucing haiwan kesayangan Nabi.

renungkanlah kisah- kisah ini :

Didalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak perkembangan islam.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam cerita lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeOw ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggalkan oleh si kucing.

Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Menurut hadist Imam Bukhari bersabda Rasulullah yang artinya: "ada seekor anjing yang berputar-putar di sekeliling sebuah sumur yang hampir mati karena kehausan, tiba-tiba seorang wanita tuna susila dari Bani Israel melihatnya, lalu ia melepaskan sepatunya untuk mengambil air yang kemudian diminumkannya kepada anjing tersebut. Kerana amalannya itulah kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala berkenan mengampuninya”.

Ketika memasuki Kota Makkah setelah menaklukkan tentara Quraisy, salah satu perintah Rasul adalah tidak membunuh satu apa pun yang ada di kota suci itu.

Sebuah hadits nabi yang diriwayatkan Muslim ibn al-Hajjaj al-Naysaburi, shahih Muslim, yang ertinya; “Ketika kamu melakukan perjalanan melalui sebuah daerah yang subur, maka perlambatlah agar unta-untamu sempat makan rumput. Dan jika kamu melewati sebuah wilayah yang tandus dan kering, percepatlah langkahmu untuk menyedikitkan rasa lapar yang menimpa binatang-binatang itu.”

Rasulullah pun pernah bersabda yang artinya; “Tuhan yang Maha Penyayang memberikan kasih sayang-Nya kepada orang-orang yang penyayang. Jika kamu menunjukan kasih sayangmu pada mereka yang ada dimuka bumi, maka di surga, Dia akan menunjukan kasih sayang-Nya padamu.” (Abu Isa Muhammad ibn Sawrah al Tirmidzi).


sedar tak kesalahan korang yang menyiksa kucing ni? renungkanlah.


No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa