Thursday, July 12

Lyfe is'nt easier withOut U.~

kalau ayah ade lagi sekarang, aku mungkin dah ada kat KL untuk interview petrofex tu. Mau ayah seret aku pegi interview tu. Mak tak kesah, ape keputusan aku mak ikut, mak x suke paksa org. ^__^ lagipun mak paham kut aku nak teman mak kat rumah. In case aku pegi interview, aku dapat jOb tu, aku still kne buat keputusan nak pegi ke tak. So aku elak untuk membuat keputusan yang akan menyusahkan kepala aku nanti dengan melepaskan peluang ni. Same je.

Haih. Mak, maap la. mak dapat anak perempuan yang malas, tak membantu sgt pun. Taktau la kenapa jadi malas sangat ni. Serupa mcm mak ade anak lelaki bujang yg tak boleh haraplah. Ampun ye mak, Ain nak rehat beberapa hari je lagi. Lepas ni Ain buat semua kerja rumah ye. Nak qada segala keserabutan belajar 4 tahun lepas. Kasi cover sikit. hihihi. Bodos alasan Cik Ain.

So jadual hari nie tersangat rilek. Pagi lepas subuh dah pegi beli ikan dan sayuran. Balik pulak belek internet. Tak de pape pun tapi belek jugak. Sgt tak bermanfaat. Kemudian sambung tido. Tgh hari pulak masih tak buat ape2. Owh, ade tolong mak kat dapur, asingkan isi ikan untuk buat laksa dan tolong2 ape2 yg bole. Petang kemas2 bilik saye yg bersepah tahap kandang cipan, sampai skang masih bersepah. Byk gila barang rase nak buang je semua tapi sayang. Aduh la. Kemudian angkat kain. Lepas bace Yasin, chapter melipat kain, sambil si Kitel menyemak kat depan aku. Tah ape motip dia aku tak sure. Meneman kut? dan sekarang berlenggang di depan TV. Malam2 sikit akan buat karipap. yeah. Nampak disitu tugas aku. Aku keje syif malam rupenye.

Esok rumah aku akan buat bacaan Yasin. Memang trend kat sini. Buat bacaan Yasin rumah ke rumah sambil buat makan2 sikit. Seronok kan? Mmg untuk duduk kat area sini. Org nye baik2, ramah2, selalu buat aktiviti keagamaan selalunye makcik2 la yang anjurkan.

So menu esok adelah Laksa Johor, Puding, cocktail, karipap, rojak. Urmm. sedap. hari ni aku tak pose la pulak. adui la. konon nak kerja, rehat je byk! langsung xleh harap. alahai berubahlah Ain oi. Sampai bile nak jadi camni. Tak payah la layan sedeh, asek mimpi je. Org yg dah tak ada takkan kembali kan. Sedekah ayat al-Quran dan doa je la yang mampu untuk lelaki kesayangan saye diSana. terkejut aku rase balik2 rumah nak hadap suasana baru ni tanpa ayah. haih. no choice, kena tahan. hati kne cekal!

So, tak banyak nak cakap. Mood selalu lari sejak duduk rumah ni. asek emosi je la. tatau la nape. malas. cheer la sikit kan. haih. moge2 la. lame x update belog ni. tatau nape tetibe rase nak mengomel. Penat dah nak tahan kut. ChiaOo~


No comments:

Post a Comment

kalau korang baik, jangan kutuk aku ::

Follow Me @farahinesa