Tuesday, November 5

Mizi's Wedding We Go ~ Tg Malim.

6:29:00 PM 0 Comments

From right , Syaza, Alia, Yana & Me!


 From right , Syaza, Azfar,  Alia, Yana & Me!


 Muke bajet flawless!


 Me with Shakira!


Ini kawan yang sengal. Hahaha. Kalau bercakap, better jangan tutup telinga. 


Ini konvoi bersama. Yg lagi tiga ayam ada di kereta Shakiramon!




GAMBAR PENGANTIN MANA??


Kalau ikot aku memang nak upload gambar kitorang je. Nama wedding Mizi tapi yang bergamba kitorg. HAHAHAHA. Itu Normal. 



Namanya Mizi. Tarmizi Azmi. Budak kelas aku. Ni wedding beliau bersama isteri tercinta ~ Umi. Umi baik sangat. Suka la kawan ngan isteri Mizi. ^_^ 


Kenapa aku amek gambar grad beliau? Ntah. Saje nak letak. hahaha. 


Tadaaa!!! Ini pengantin sebenar!! Bukan yang sengal-sengal tadi Oke. ^_^ Tahniah Mizi & Umi. Korang sangat comel ~


Oh. Ini kami di One Utama. Lepas wedding, pecut balik KL tgk wayang citer Insidious 2! Woi seram gile babeng wa cakap serius tak tipu ~ Korang kena g tgk. Aku suggest sgt. 



Cm bese muke sendiri kena Up, Eh blog aku suke aku lah! Ko meggelabah apesal. Lalala ~ 


Ini tempat kat area Tg Malim yang kami pergi ~


Gerak pulang!


Highway yang awesome bila ade 5 eksiden. Lima ok! Kira siap.


Meninggalkan kan tempat kejadian!


Tu nampak kereta Shakiramon yg gojes. Weeee ~ Wvg. Dlu kete ni jugak yg bawak aku jenjalan UTM!

Ade banyak lagi gambar lain. Tapi, gambar kitorg la! Hahaha. 
Gamba pengantin nye sikit jer la.

AmigOs!

Sunday, September 29

Monday, September 16

Pencuci Muka Yang Berkesan Tetapi TIDAK HALAL!

5:56:00 AM 0 Comments
We start with Bismillah.
Assalammualaikum.

Oh demn!!! DAmn!!! U know??!!! Pencuci muka yang selama ini aku pakai, mengandungi gelatin BABI a.k.a Khinzir. What shud I do now?? Please any idea? Aku kena samak satu muka ke cmner ni? FYI, the product is

Rase stress OK. Tapi memang tak dinafikan. This product memang sangat berkesan. But why shud U put gelatin BABI dalam ni oh No No No.






Ini muka sebelum aku. Bad. Memang teruk. Aku dah rasa mcm loser gila. But when i go meet a doctor near Jln Tar a few months ago, dia bagi satu presription ubat yang then mmg sangat bagus. Till now muka i jadi like this.

Ini semakin ok. Dan paling latest.




Tak ada la licin gebu mcm dalam advertisment FB segala tu. Tapi much better. BUT!!!
Product ni ade bahan tak halal. Oh my Oh my Oh my!!!!!
PFffFFfFfFtttTTtt!!!!!

What shud I do? Rasa macam dah makan Khinzir selama berbulan. =_="

Dugaan betul lah.

Sunday, August 25

Break, Putus, Kecewa, Dump - Sign of New Love.

8:24:00 AM 0 Comments
Pernah kecewa?
Pernah ditinggalkan?
Pernah break?

Hahahaha. Kalau pernah itu normal. Kalau tak pernah pun tak runsing nak fikir.
Motif aku keluarkan tajuk ni sebabnya aku sendiri pernah alami putus cinta. Dengan siapa? Biarlah aku je yang tahu. Perit? Memang seksa lah dalam hati ni. Tapi mungkin orang nampak aku macam tak ada perasaan. Stone cold. Tak ada cinta pun. Tapi tak. Sebenarnya aku yang jenis mcm ni lah paling susah nak menangis dan luahkan kesedihan bila sedih. Aku lagi suka menangis sensorang tapi aku tetap akan luahkan kesedihan aku ni pada someone. Cuma kdg-kdg muka aku taklah nampak sedih sampai berair mata mengenang gitu. Aku susah nak nanges depan orang even depan mak aku. Tapi Ya Allah keseksaan dalam hati tu buat aku rasa nak meraung kat tepi gaung.

Tapi tu masa memula lah kan. Lelama macam jadi tak ada perasaan. Menyampah pun ada. Maybe aku buat wall besar mcm benteng lah mempertahankan diri dari terus suka beliau kan. Aku fikirkan segala keburukan dia, aku fikirkan perit yang aku rasa saat dia tengah bergembira dengan keluarga, kawan-kawan dan kekasih dia. Sedangkan aku nak duduk meratap mcm orang gila. Haa. So not good. Maka sejak sekian lama, aku mula menyayangi diri sendiri dari mengorbankan hati aku untuk org lain.

Tapi aku tak tipu, sometime aku ada perasaan sedih menyelubungi tu pada satu-satu masa. Masa tu segala memori datang sekaligus. Apa yang aku tengok semua mengingatkan aku. Tapi tentulah, lepas aku luahkan pada seseorang yang memahami dan setia mendengar, aku lega dan everything back to normal and live like the most happiest girl in this world.

Buat apa nak sedih, sedangkan beliau begitu gembira. Kadang-kadang aku rasa Ya Allah menyesalnya mengenali seseorang ini. Kalau lah aku boleh undurkan masa, aku membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari dia sejak awal lagi supaya aku tak kecewa sebegini. But.. the right thing is, aku sangat bersyukur bertemu dia sebab aku belajar erti kekecewaan, aku belajar mengeali hati orang lain dan lelaki, aku menambah bilangan kawan, aku belajar untuk kurang berharap pada apa-apa pun selepas ini, aku belajar erti sabar, aku belajar erti pengorbanan dan paling penting dia pernah membuatkan aku bahagia walaupun sekejap dan dia mengajar aku bagaimana perasaan jatuh cinta.

Jadi, tak semestinya aku jatuh cinta sekali. Aku pasti akan jatuh cinta lagi dan tentunya bukan dengan org yang sama.

"You never fall in love the same way twice"


Apa perlu ragu? Ini semua kuasa Allah. Jodoh di tangan Allah. Jodoh kita ialah takdir kita yang telah ditetapkan sejak kita di luh mahfuz lagi. Stop worrying. Live this life. Yakinlah dengan ketentuan Allah kerana itu buat aku tenang. Alhamdulillah. Aku bahagia bila melihat dia bahagia. Cemburu itu ada, cuma dengan cara yang betul. Aku gigih untuk mencari kebahagiaan aku sendiri dan ya, aku rasa hampir bertemu. Cukuplah rezeki yang aku miliki sekarang. Semuanya sudah membuatkan aku gembira setiap hari.

Aku dah tak ada keinginan untuk mengetahui berita tentang dia lagi. Kalau dulu saat aku belum heal, aku stalk dan aku tau setiap perkembangan dia. Sekarang? Aku tak ada masa untuk jenguk profile beliau pun. Doa aku dah termakbul barangkali. Alhamdulillah dan syukur. Allah ketemukan aku dengan insan lain.




Farah Wahida sudah jadi seorang isteri! Farah & Farid Wedding.

12:28:00 AM 0 Comments
Last Saturday,
I went to KL from JB just to see one friend of mine getting married!! Ohoooo!
Sangat owesome!

From JB, I take a bus and met Azfar Amira on Friday night. Well, credit to someone yang berhempas-pulas nak berjumpa aku dan tolong hantar aku ke Shah Alam. Hahaha. Thanks Bro. Well, dari Shah Alam, me, azfar and her mother drive to Puncak Alam. Waaaa. Sangat kedalaman aku menuju ke sana. Jauh jugak lah. Tapi sepanjang jalan non-stop talking. Gila. Kalau dah lama tak jumpa memanglah begitu.

Ramai sangat datang rumah Azfar. Saudara mara yang aku tak pernah kenal semua dah berkenalan ngan aku si kawan Azfar yang dah macam anak baru keluarga Encik Muzaffar. Hahahaha. So from Puncak Alam gerak ke Bukit Damansara dah pun jam dua. Jumpa Shakira dan Dijah in half-way to the wedding. Naik satu kereta dan meragam cari dewan wedding using Navigation. Hoh! Lawak bila sesat kat kawasan perumahan orang kaya mana tah. Finally sampai.

Here are the feeling of joy!!


This pic credit to Azfar.

                                     
Pasangan mempelai yang dah bercinta dari zaman universiti. 


Our team yang bising kepochi dan huha tak hingat dunia. Miss a person here - Syaza not in the loop. 


Ahli kereta Azfar. KOnvoi lah sangat!


The gorgeous perantin ~ sangat cun dan hot. 



Muka Farid. Oh No.  Nasib baik suami kawan aku. 


One day beautiful princess, forever princess to Farid. 


Ini adalah adaptasi dipercayai kerja si suami. 


Picture after Nikah. U look so gorgeous Farah! 
Well even not in ur wedding, i think u are hot stuff all this time. 

I heard they go to Bali for honeymoon. Hahaha. Nice. Then Farah will back to Penang and Farid go back JB to go on with their carriers. Haih. Cinta jarak jauh. Harap mereka bahagia! Happy for both of them. Coz aku melihat rentetan percintaan diorang dari zaman belajar. Mula-mula rasa macam, errr, but then aku tengok Farah happy so there is no way im not happy for her. 

The next day, Shakira open house! Hahaha. Went to Bandar Country Home at Rawang. Dunno how it spelled. But sebelum tu dah melantak dekat open house atuk sedara Azfar belah ayahnya and cannot recall which area. Aku tau makan dan makan. Memang ramai lah jugak saudara Azfar yang aku jumpa. Memang tak kenal nama pun. Then baru proceed ke Rawang dengan berbekalkan Navigation. Meet Kecek, Amirul with Siti(I guess his girlfriend), Anip Arun yg kacak, Keon dan Dira. Before balik still caught up with Alia and her little brother. Hahaha. What a long journey. 

Balik JB aku bertemu lah dengan Ayien. Balik drive kereta Ayien coz her spec patah and rabun silau. Dan aku adalah driver yang berjaya. Harap Ayien tak kena saman malam tu. Salah aku jugak sebab lambat tak pasal-pasal balik malam and Ayien kerja esoknye. Sorry Ayien and thanks a lot! Sempat jugak jumpa Nina and hantar Nina ke LRT Serdang sebelum bergerak balik JB. Semoga doa Nina tu termakbul. :)
What a happy story I have now. Right?

Waiting for next week another friends drama story ~
ChiaoO



Saturday, August 24

Long Time No see Pals! :)

11:58:00 PM 0 Comments
Hye.. Assalammualaikum..!

Lama gila aku tak update ya? Dah macam kena hantar kat Afrika pulak tak ada sebarang connection. Padahal hidup sihat walafiat online facebook. Al-Kisah malas nak berceloteh mengenang nasib diri lagi. Anggap je la sepanjang aku tak update aku sangat bahagia sampai tak ade masa nak update blog. Hampeh ini perempuan. BIla tak bahagia la baru aku cari blog? Hahaha. Nope. Aku tak bersalah okey.

Mari aku cerita.
SEPANJANG aku tak update dulu, aku telah mendapat tawaran bekerja di sebuah company dot dot dot di Johor. Kehidupan aku okay. Much better. Aku dah kurang meroyan. Aku menjadi seorang pekerja yang berjaya. Nak dikatakan Engineer tu macam segan sebab tau diri tak layak. Tapi itu lah position aku.

Aku deal dengan pelbagai orang. Chinese, Indian, Mat Saleh, Singaporian dan pelbagai bangsa mcm Sarawakian, Bangladesh, Myanmar, Indonesian, Vietnam. Tak mampu nak recall semula. Tapi memang mcm-mcm jenis org lah. Seriusly, dalam tempoh singkat aku rasa banyak sangat belajar. Aku terpaksa belajar sendiri. Aku terpaksa ambil hati Technician aku utk dapatkan ilmu. Aku bekerja di sebuah syarikat manufacturing dengan kata lain sebuah kilang. What a damn hell aku rasa. Seksa ya amat. Aku tak disuap mcm selalu. Aku kena belajar sendiri. Aku rasa beban kerja banyak. Aku kena buat keputusan hampir setiap hari. Kerja aku pernah dikatakan sampah. Aku kena back-up org bawah. Tapi tersepit dengan arahan org atas. Hahahaha. mcm-mcm lagi lah.

Tapi lepas empat bulan aku dah boleh adapt suasana tu. Selalu org bergaduh kat 'line'. Chinese Melayu tak kira dah. Dalam email pun boleh nampak org perang. Jenis yang talam dua muka. Ada yang tikam belakang tapi depan-depan tak nampak. Owho. Banyak jenis manusia taw.

Ada yang nampak macam pandai tapi sebenarnye ehem ehem. Ada yang berlagak bila dah jadi org atasan. Hahaha. Semua tu begitu jelas setelah anda bekerja dengan mereka. Tapi Alhamdulillah, sepanjang aku kerja, team aku okey, org atasan tak pernah marah aku tapi pernah kena push, org bawahan aku pon okey. Semua semakin okey selepas aku dah kerja lebih 3 bulan. Tapi aku decide utk sambung belajar.

Sebab apa?
Sebab aku memikirkan masa depan. Yes, korang boleh cakap aku boleh sambung master sambil bekerja. But please, aku tau jenis aku mcm mana. Aku bukan rajin. Aku balik kerja pun dah penat gila, nak apply kerja lain pun dah malas, tak larat nak pikirkan hal macam tu, tau nak hiburan je hilangkan tekanan. So how do i expect setiap kali balik kerja aku akan belek assigment? Mcm mana sabtu ahad yang utk aku release stress aku nak kena pergi kelas dan push otak aku benda-benda yang aku dah lupa? So aku tau kemampuan aku, aku dah nilai baik-baik dan aku decide utk sambung full-time.

Well, kenapa nak sambung?
Sebab aku tau kerja Engineer penat. Aku perempuan. One day aku nak kahwin, nak ada anak, melayan suami dan keluarga. Aku tak tau sampai bila nak kerja yang stress dan fix hour. So aku sangat berharap aku ada harapan utk jadi lecturer suatu hari nanti. Tenaga pengajar kan banyak manfaat dari segi dunia akhirat. :)
Waktu bekerja pun flexible. Tapi lepas master aku ada niat nak bekerja semula. Nak cari pengalaman sikit. Nak merasa semula kesakitan kerja. Hahaha. So Alhamdulillah, setakat ni, kat sinilah rezeki aku. Aku happy dan bahagia sehingga kini.

Ni serba sedikit lah tentang life aku. Tak mau lah tulis panjang-panjang. Hahaha. Banyak dah lupa. ChiaOo!







Friday, February 22

Ayah.

4:05:00 AM 0 Comments
Aku suka macam ni. Menangis sorang2 dalam bilik. Gelap. :(

Teringat ayah. Dgr lagu My Way. Ayah. Ain rindu. Ain dah lama tak mimpi ayah. Ayah. Ayah taknak jenguk Ain ke? Ain skarang tengah cari keje. Ain dah dapat keje. Tapi belum confirm lagi. Tadi Ain bawak kereta Angah. Kereta lama ayah tu. Susah tau, tapi ok je. Hurrm. Nak pergi kubur ayah tapi xboleh pergi sorang2 nanti meratap. :(

Ayaaaaahhhh... Ain rindu ayah....

Ain menyesal dulu tak spend masa dengan ayah. Puas puas. Dulu Ain tak reti bawak kereta. Kalau tak mesti Ain dah senangkan ayah. Ain tak sempat nak belikan ayah kereta Mitshubishi mcm ayah nak tu. Kan dah janji. Ain amik kereta tu ayah yg pakai. Ain bayarkan. Nanti Ain pakai MyVi pun takpe.

Ayaaaaahhhhh......kenapa rindu sgt nie....Kalau Ain dengar lagu My Way ni mst Ain ingat ayah..sbb ayah kan suka lagu ni...Dulu Tun Mahathir bersara dia suka lagu ni..sebab tu ayah suka kan..Nape umur ayah x panjang mcm Tun.

Ayaaaaahhhh... rinduuuu... dtg la melawat Ain... Ain tak kesah... janji Ain tau tu ayah..sbb Ain syg sgt kat ayah.. Ain menyesal Ain tak pernah tunjuk dulu...Ain tak jadi anak yg baik.... Ain menyesaaaal....

Ayah.. Ain rindu sgt...

Thursday, February 21

Muka dan kawan-kawan baru. Jerawat!

12:35:00 AM 0 Comments
Ohdem. Sekarang sangat tidak mahu tayang muka dekat org.

Nak tau mcm mane horror muka aku? Org2 yg jumpa aku je akan tau betapa kesian nye dengan kulit muka aku sekarang. Dah la mengerutu. Berbiji biji. Merah2 dan mengelupas! Oh no no no. Ini lah pengalam paling besar antara aku dengan muka.

Kelmarin jumpa doktor kulit. Plus dia bagi aku ubat ubatan lah. And my face become worsssssttt! I tot ubat doct la paling bagus. See? Jgn ingat ubat2 ni bagus sgt. Tak semua membantu. Kalau tak xde lah org mati sebab ubat. So choose wisely. Haih. Mengelupas satu muka. Pedih. Now makan pun kena pantang. Eee. Tak tahan lah.

Ain kena kuat lah. Ini dugaan tak pun balasan sebab perbuatan jahat dulu. Berubah lah Ain! Kau jahat sgt agaknye. Or social sgt. Erm.. aku pun pikir begitu. So now nak kurangkan gejala sosial ni. Sederhana better. :)

Sekarang dah xde perasaan nak kawen ke ape. Kalau nak kawen pun lagi 3 4 tahun kot? After muka dah ok. Kalau lah muka dah ok, InsyaAllah. Dan hanya jika ade lah yg sudi terima kekurangan aku ni dengan muka yang tak brape lawa. Alhamdulillah sempurna sifat lagi. Dan syukur sebab masih sihat.

Cakap pasal kesihatan. Aku ada saka. Astagfirullah. Aku sendiri tak sangka. Nanti aku cerita kat entri lain ye. But now tgh kusut dengan muka yg.. Ouh... stresss.. Bukan aku je rasenye yg pernah rase mcm ni. Maka boleh heppi2 lagi.

U know what, di saat ke-down-an aku mcm ni. Siapa ada dgn aku? Mak aku. Family aku. So bagi aku sangat lah bodoh kalau aku suatu hari nanti melupakan jasa mak aku. Mak aku tak putus2 syor kan aku guna ni. Guna tu. Apa2 je yg boleh ubat. Dia cerita kat kwn2 and sedara sambil tanya ada ubat tak utk muka mcm ni. Aku terharu sgt2 dgn usaha mak aku. Ape2 yg aku try mak aku keluarkan duit. Bukan murah2. Tak berkira sgt dah. Betul dia risaukan aku dan xnk tgk aku sedih.

Ada ke kwn atau lelaki yg sanggup buat sampai mcm ni? Mungkin ada tp kdg2 diorg pun stress dan lama2 tak tahan kot.

And yes. I trust nobody selain family.

Dan aku sesungguhnya saat ini sgt bersyukur. Di saat ujian mcm ni jadi kat aku. Aku ada family dan beberapa kwn yg caring kat aku. Thankz sebab concern korang. :) Ini buat aku rase hepi je. Down pun sekejap je. Kebanyakan masa aku senyum. Layan anak2 sedara aku.

Hahaha. Alhamdulillah. :)


Wednesday, February 20

Wednesday, February 13

Muncul semula!

10:31:00 PM 0 Comments
Yes. Sudah sekian lama tak update.
Menyendiri ke? Menyendiri lah sangat bile beberapa hari lepas huhahuha dgn kwn2, gelak cam tak betul dgn abg2 aku.

Saje malas nak menaip panjang2. Walhal ni lah tempat paling mahsyuk untuk menggondam ayat.
Hidup aku ceria seperti biasa. Rasa kosong sebab masih rindu arwah ayah. Rasa loser sebab masih tak ada kerja. Rasa bahagia sebab masih ada kawan2 dan family yang menghargai saya.

Kdg-kdg serius, ada kwn tak semestinya hidup korang akan happi. Pernah kan kawan2 abaikan korang? Ye pernah. Tapi family jarang abaikan korang. Boyfriend dan awek? Pernah ke syg korang mcm mana family korg syg korg? Jawapan ada kat diri masing2 lah. Aku paling tak boleh blah bile ada boyfren yg suka kongkong aku, sbb dia belum layak. Kalau dah akad nikah, ye aku akan patuh semua perintah suami. But bukan boyfren. Tak mau lah jd lembu dicucuk hidung. Dan ni lah jugak punca aku taknak couple. Supaya tak ada ikatan sehingga ikatan suami isteri je yg aku mahu.

Nampak mcm aku kuno2 siket. Nampak mcm aku berlagak bajet alim. Bukan. Aku anggap ni semacam prinsip aku lah. Kalau prinsip korg wajib taat dgn boyfie/awek, terpulang. Aku tak ada nak mengutuk ke apa. Sbb aku sendiri tak boleh jamin tak kan jd mcm tu. Tp ni cara hidup aku. Maybe sebab environment aku kot? Dan pengalaman org2 sekeliling. Tak mustahil je suatu hari nanti aku boleh jd macam tu. Cuma kalau boleh tak mau lah kan.

Ok lah malas nak ckp2 lagi. :P


Monday, December 24

Soal kawen

2:00:00 AM 0 Comments

Dulu aku slalu ckp cmni, "Aku nak suami ensem sebab aku nak anak-anak aku lawa and hensem."

Wah so stupid idiot of me. Sebenarnya muke suami tak penting. Yang penting adelah perangai suami yang boleh jd teladan untuk anak anak. Well kalau korg dpt yg pakej dats gud. Tu satu extra utk korg. But please, setelah lama aku berfikir, mmg behaviour of ur husband tu lebih penting. Sbb tu lah yg akan mencorakkan anak-anak. Ibu mendidik tp selalunya ayah yg akan menjadi contoh.

Dah kalau suami korang dok enjoy je. Then main perempuan lak, suke balik malam. Suke enjoy sgn kwn-kwn. Tak ingat rumah tangge bile ada anak and isteri kat rumah. Apokobondo eh jang. Bek toksah kawen kan. Sbb tu bile dah kawen, byk mnde nak kne fikir.

Bersediakah aku untuk korbankan kegembiraan tu semua? Takut belum puas dan belum sedia untuk dikongkong. Haih. Dan betullah, aku belum sedia nak jd seorang isteri bile betul betul fikir. Bagilah aku masa. Takyah nak tanye lah cmni. "Bile nak kawen?" "Bile majlis ko?" .

Eh psiko topik ni kan? Mcm lah aku nak kawen dah. Hahaha. Rase mcm dah matang sikit sebab aku rase aku dah makin memikirkan soal soal yg serius utk mase depan. Pengaruh kakak kakak ipar dan abg abg aku lah ni. hihihi.

Sunday, December 23

Damn Jem

3:39:00 AM 0 Comments
Dah berapa lama aku tak update blog? tak lama sangat rasanya. Before ni pun aku update pakai fon je. Al-maklum begitu pemalas nak bukak lappy.

Tersebutlah kisah aku tengah not in mood skarang. Tetiba rasa nak menulis pulak maghrib-maghrib ni. Jgn tanya kenapa aku depan lappy wktu mcm ni. Aku dpt MC ABC ok. Allah bagi cuti.

Sebelum ni riuh kemain satu rumah. Skarang dah sunyi semula. Achik dgn angah ada rumah hari tu. Aduih. Bersepah. Then Achik pegi cameron. Angah balik kampung mertua. Semalam Achik balik dr cameron dan Along pun balik sini. Today, Achik balik mersing and Along balik Johor. Angah masih di kampung mertua. So alone again ngan mak as usual. Maybe aku rasa sentap sebab dari riuh-riuh tetiba rumah sunyi sepi kan. Ouh. Ye.

Td kwn aku menyinggah sekejap. Lepak borak-borak tak sampai 15 minit pun. Dia tegur pulak inai kat jari aku ni. Dengan cincin ni. Cantik kot? Hahaha.

Aku rasa mcm kusut sikit ni. Mungkin sbb MC yg aku terima ni agaknye. Maybe lepas mandi nanti okie lah kut. Tak pe lah. Aku mcm tak ada cerita nak ceriti. Maybe next post.

^_^

Friday, December 21

Sebuah harapan

9:05:00 AM 0 Comments

Kesedihan hati. Biase untuk seorang perempuan. Yap. Aku admit. Aku pun pernah lalui. Lebih parah dulu. Tp tu semua ajar aku untuk tabah, kuat. Dan aku x pernah serik untuk mencuba kebahagiaan baru. Siapa tak nak org sayang kita kan?

Aku mengaku. Aku cemburu sgt tgk kwn kwn aku yg dah berkapel ade org syg, ade org caring, ade org jage mkn minum, kejutkan bangun subuh, rancang mase depan same same dan susah senang masalah pun kongsi sama sama. Hurm. Yep. Siapa tak suka? Kite syg org dan syg kita berbalas. Sah sah sgt bahagia. Ade dalam dunia sendiri bile berdua.

Td seorang kwn berkongsi kesedihan ngan aku. Ape perasaan bile org yg kita syg bakal berkahwin dgn org lain? Rase tak tentu arah, marah, sedih, kecewa. Kan? Tentulah. Kalau tak tu bukan syg namanye. Tp apa boleh buat. Telah tertulis dia bukanlah jodoh kita. Buat apa menunggu.

Ye aku tau. Kalau cinta mati mmg kita akan tggu. Tp itu jugak kita panggil bodoh. Sbb? Sbb kita ade pilihan utk mulakan hidup baru tp kita memilih untuk gagal kerana cinta. Maka sebelum bnde mcm ni jadi, aku akan paksa diri aku move on awl awl lagi. Sekurangnya kami akan sama sama bahagia. Adil kan. Boleh masuk novel. Happy ending. Kite mungkin akan rasa cemburu bila tgk dia bahagia. Stupid idiot lah kalau tak jeles. But jeles dr persaingan yg sihat. Maka kita akan move on untuk cuba lebih bahagia. Ko takpayah lah nak guna bomoh bagai tu bangang namanye. InsyaAllah. Kalau kita berusaha pasti ada ganjarannya. Tak perlu lah nk sedih sampai sejuta tahun kan. Kebahagiaan boleh dicari. Memori adelah pengalaman. Memori takkan terpadam tapi sejarah mengajar kita lebih matang. Fuiyoo.

Maka dengan ini, saya ________ berjanji akan lebih yakin dan berusaha untuk mencapai kebahagiaan saya sendiri. Saya juga berjanji saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama!

^_^

Thursday, December 20

Kanak kanak yg ceria

3:54:00 AM 0 Comments

Lame gak x update blog. Malas. Hihi. Bizi jugak. Aku skang duk melayan anak anak sdare yg aktif gile plus bising. Serius. Suara diorg boleh kalahkan suara aku. Mcm suara kwn kwn aku kot. Kepochi blaka. Pastu setiap minit ade je gaduh. Mmg kelakar. Merajuk lah. Tarik muka lah. Tp budak gaduh, brape lame je tahan. Bukan cm org dewasa. Kalau gaduh sampai mati. Diorg menangis kejap je then dah ok. Huuu. Jeles tau..dengki..tp aku pun dah pernah lalui zaman kanak kanak aku. Mmg best. Alhamdulillah. Suatu hari diorg akan dewasa gak. :'(

Zaman kecik kecik mane ade masalah cm aku hadapi skarang. Diorg ada ayah, merangkap abg abg aku. Xde masalah hati dan perasaan. Tak pikir nk kne kumpul duit. Tak ade runsing ngan masalah bagai ni. Semuanya hepi dan main je. Diorg ckp ape yg diorg suke. Tgk kartun. Pegi sekolah. Main game. Main bola. Haha. Bile aku join diorg main. Rase mude sekejap. Serius. Seronok je. So aku rajin lah layan diorg. Main billionaire, badminton, tgk boboiboi, main bola, tgk utube, aku ajar diorg karaoke party sampai diorg gian gak. Leh nyanyi lagu inggeris tauuu. Hahaha.

Zaman kanak kanak lah yg terbaik!

^_^

Tuesday, December 18

Ilmu kahwin free

8:41:00 AM 0 Comments

Aah. Penat. Motif aku ngadu aku penat kat blog? Blog adelah laman wawancara diri aku tau. Jadi u oll stop complaining psl my blog. Hakikatnye aku tau xde siapa baca blog aku. Dats why aku dengan sewenangnye mengupdate tanpa perencah.

Td ke segamat. Go shopping. Bukan window shopping. Doorstep shopping punye. Mane nye. Membeli jugak cuma bukan kadar yg byk. Dgn rase berjimat yg maksimum. Haha. Tp tetap nak beli walaupun satu.

Menyinggah lah ke seri impian. Tau ape ni? Ni bukan butik pengantin. Tp kedai menjual brg-brg kawin. Aww.
Semua brg superb comel wif superb extragojes priceeee. Brg dah mahal! Reben. Bunge. Tempat cincin. Doorgift. Woi. Mahal woi nak kawin. Licin ah duit cmni. Cm sengal. Xnak la kawen awal. Kensel all plan. Boleh cmtu? Bak kata arwah ayah, kita yg buat dia. heeehee.

Haruslah mahal. Semua lawa belaka. Hiii. Kan. Kan. Haishh. Mak aku pun seronok tgk brg tu semua. Aku ckp, "Nnt majlis kawen ain kite pegi beli brg eh. Mak pilihlah." hahaha.

Duk rumah ni bersantai ngan kak ipar.semua, buat aku rasa matang bila diorg bercerita pasal kawin. Kak ipar aku x jemu kongsi cerita dan pengalaman dia dulu. Syukur lah aku boleh ngam dgn kak ipar aku dan diorg sgt sporting, understanding dan tak kedekut. Tp untuk cerita masalah dlm hati aku ni mmg tak de lah. Aku je yg simpan sorg. Just utk berkongsi ilmu rumah tangga. Haha. Byk lah aku blaja. Mcm-mcm. Cerita sweet mase kawin pun byk. Cerita cerai dan masalah rumah tangga lagi byk. Sampaikan ustazah bahagian pejabat kadi ckp yg kes cerai kat Malaysia dah tahap kritikal. Nauzubillah. Aku harap sgt perkahwinan sampai hujung nyawa. InsyaAllah. Kita mampu berusaha Allah yg menentukan.

^_^

Monday, December 17

Kerja bodoh dlm bercinta

7:50:00 AM 2 Comments

Hahaha. Penah tak buat keje bodoh?

Mari aku kasi contoh.

Anda syg someone. Tp dah break but masih syg. Someone tu ada org lain. Untuk jeleskan dia, korg pun terima org lain dlm hidup korg. Tp hubungan tak menjadi. Wat the hell. Korg kapel sebab nak jeleskan dia tp sebenarnye korg yg sakit hati. Get the point?

Lalu korg memutuskan hubungan ngan dia yg menjadi mangsa psikologi mental damage korg. Hahaha.

Once upon a time, aku penah buat keje bodoh gila ba*i cm ni. But then i realize. The point is, korg tak hepi tp bajet mcm puas hati sbb nk menunjukkan korg lg bahagia dr ex korg. Kan? Ngaku je lah korg takkan boleh la lupakan dia in short time. So dgn wat cmtu, cari kambing hitam, korg ingat korg dpt lupakan dia dan start a new life.

Sory guys. Aku penah try and serious dats really not help kalau dah org yg korg syg tu adelah si someone dan bukan si kambing hitam ni. Dgn wat cmni korg lagi makan masa utk lupakan ex korg. But for those yg berjaya, congrats. Tp bukan aku.

Aku blaja dari pengalaman lalu. Dan bila bnde demn mcm ni jd lagi, aku tak menerima sesiapa jika hati aku belum heal. Dont waste ur tyme. Move on lah by urself. Yakin pada Allah.

Badan korg dgn org lain tp hati korg teringat org lain. Adil ke mcm tu? Itu kita namakan tak bahagia. Kalau hati korg asyik teringat kat seseorang, org tu lah yg sebenarnye plg penting bg kita. Tp dats not means it cant be replace. So make sure dah betul betul lupakan si someone, baru lah korg terima new one slowly in ur lyfe. InsyaAllah. Just sharing.

^_^

Sunday, December 16

Kursus! Ouh.

7:49:00 PM 0 Comments

On a kursus. Haaa. Best. Aku tak mengantuk. Byk sgt ilmu aku dpt ttg kekeluargaan. Byk belajar. Hukum dlm Islam.

Ade sorg pakcik ni byk tanye. Hihi. Kelakar comel je.

Sambil td tu, jiran seblah rumah aku, duduk kat sebelah mak aku dlm seminar ni. Dia crita ttg ank dia yg nak berpisah sbbnye dah x sehaluan. Anak sudah dua org. Aih.

Satu lagi kes semalam. Sedara kak ipar aku. Kawen dgn jiran sebelah rumah. Then dia ceraikan isteri dia dgn alasan isteri dia x lawa. Padehal anak dah dua. Baru skarang nak komplen bini dia x lawa. Aih?! Hari tu dia bawak tunang dia dtg rumah kak ipar aku. Calon isteri baru. Lawa ke? Ok la boleh tahan. Mcm mcm lah encik lelaki ni.

Yang sorg lagi kwn mak aku. Bz menjaga ank perempuan dgn cucunya. Sbb nye dlm proses nk cerai jugak. Katenye suaminye tu gilakan perempuan lain. Maybe kene buatan org. Mintak jauh. Nauzubillah. Tp baru-baru ni dah pegi berubat. Katanya dah semakin ok. Semoga x jd lah nk berpisah. Kesian ank-ank. Kalau tak ada anak tu lain cerita lah. Ni da ada tgjwb besar utk didik ank.

Semoga aku dipelihara dr benda-benda sebegitu. Amin.

^_^

Ini kelakar

8:30:00 AM 0 Comments

Assalammualaikumwarakhmatullahiwabarakhatuh.

Aduih. Jem betol. Bile mase tah timbul cite aku bertunangnye. Haha. Lawak betul. Aku mane bertunang. Psikologi sgt ni. Aku bz sbb hal lain. Tp kalau aku bertunang pun aku mmg tak nak bgtau org kalau boleh. Ade la nanti jodoh aku, insyaAllah. Xyah nak kepochi cume berusaha merancang. Lawak gila. Adeih.

Nak best lagi. Solat sunat istikharah yg aku buat cm xbrape siap la sbenaye. Sbb aku tertinggal nak bace doa istikharah lepas solat dan tak ikut step dia dgn betul. Next time insyaAllah aku buat lagi dgn lebih yakin. Hihi. Aku super sengal. Esok ade kursus. Tak boleh tido lambat nnt tersengguk.

^_^

Follow Me @farahinesa