Yes. Sudah sekian lama tak update.
Menyendiri ke? Menyendiri lah sangat bile beberapa hari lepas huhahuha dgn kwn2, gelak cam tak betul dgn abg2 aku.
Saje malas nak menaip panjang2. Walhal ni lah tempat paling mahsyuk untuk menggondam ayat.
Hidup aku ceria seperti biasa. Rasa kosong sebab masih rindu arwah ayah. Rasa loser sebab masih tak ada kerja. Rasa bahagia sebab masih ada kawan2 dan family yang menghargai saya.
Kdg-kdg serius, ada kwn tak semestinya hidup korang akan happi. Pernah kan kawan2 abaikan korang? Ye pernah. Tapi family jarang abaikan korang. Boyfriend dan awek? Pernah ke syg korang mcm mana family korg syg korg? Jawapan ada kat diri masing2 lah. Aku paling tak boleh blah bile ada boyfren yg suka kongkong aku, sbb dia belum layak. Kalau dah akad nikah, ye aku akan patuh semua perintah suami. But bukan boyfren. Tak mau lah jd lembu dicucuk hidung. Dan ni lah jugak punca aku taknak couple. Supaya tak ada ikatan sehingga ikatan suami isteri je yg aku mahu.
Nampak mcm aku kuno2 siket. Nampak mcm aku berlagak bajet alim. Bukan. Aku anggap ni semacam prinsip aku lah. Kalau prinsip korg wajib taat dgn boyfie/awek, terpulang. Aku tak ada nak mengutuk ke apa. Sbb aku sendiri tak boleh jamin tak kan jd mcm tu. Tp ni cara hidup aku. Maybe sebab environment aku kot? Dan pengalaman org2 sekeliling. Tak mustahil je suatu hari nanti aku boleh jd macam tu. Cuma kalau boleh tak mau lah kan.
Ok lah malas nak ckp2 lagi. :P
Wednesday, February 13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
kalau korang baik, jangan kutuk aku ::