Pernah ditinggalkan?
Pernah break?
Hahahaha. Kalau pernah itu normal. Kalau tak pernah pun tak runsing nak fikir.
Motif aku keluarkan tajuk ni sebabnya aku sendiri pernah alami putus cinta. Dengan siapa? Biarlah aku je yang tahu. Perit? Memang seksa lah dalam hati ni. Tapi mungkin orang nampak aku macam tak ada perasaan. Stone cold. Tak ada cinta pun. Tapi tak. Sebenarnya aku yang jenis mcm ni lah paling susah nak menangis dan luahkan kesedihan bila sedih. Aku lagi suka menangis sensorang tapi aku tetap akan luahkan kesedihan aku ni pada someone. Cuma kdg-kdg muka aku taklah nampak sedih sampai berair mata mengenang gitu. Aku susah nak nanges depan orang even depan mak aku. Tapi Ya Allah keseksaan dalam hati tu buat aku rasa nak meraung kat tepi gaung.
Tapi tu masa memula lah kan. Lelama macam jadi tak ada perasaan. Menyampah pun ada. Maybe aku buat wall besar mcm benteng lah mempertahankan diri dari terus suka beliau kan. Aku fikirkan segala keburukan dia, aku fikirkan perit yang aku rasa saat dia tengah bergembira dengan keluarga, kawan-kawan dan kekasih dia. Sedangkan aku nak duduk meratap mcm orang gila. Haa. So not good. Maka sejak sekian lama, aku mula menyayangi diri sendiri dari mengorbankan hati aku untuk org lain.
Tapi aku tak tipu, sometime aku ada perasaan sedih menyelubungi tu pada satu-satu masa. Masa tu segala memori datang sekaligus. Apa yang aku tengok semua mengingatkan aku. Tapi tentulah, lepas aku luahkan pada seseorang yang memahami dan setia mendengar, aku lega dan everything back to normal and live like the most happiest girl in this world.
Buat apa nak sedih, sedangkan beliau begitu gembira. Kadang-kadang aku rasa Ya Allah menyesalnya mengenali seseorang ini. Kalau lah aku boleh undurkan masa, aku membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari dia sejak awal lagi supaya aku tak kecewa sebegini. But.. the right thing is, aku sangat bersyukur bertemu dia sebab aku belajar erti kekecewaan, aku belajar mengeali hati orang lain dan lelaki, aku menambah bilangan kawan, aku belajar untuk kurang berharap pada apa-apa pun selepas ini, aku belajar erti sabar, aku belajar erti pengorbanan dan paling penting dia pernah membuatkan aku bahagia walaupun sekejap dan dia mengajar aku bagaimana perasaan jatuh cinta.
Jadi, tak semestinya aku jatuh cinta sekali. Aku pasti akan jatuh cinta lagi dan tentunya bukan dengan org yang sama.
"You never fall in love the same way twice"
Aku dah tak ada keinginan untuk mengetahui berita tentang dia lagi. Kalau dulu saat aku belum heal, aku stalk dan aku tau setiap perkembangan dia. Sekarang? Aku tak ada masa untuk jenguk profile beliau pun. Doa aku dah termakbul barangkali. Alhamdulillah dan syukur. Allah ketemukan aku dengan insan lain.
No comments:
Post a Comment
kalau korang baik, jangan kutuk aku ::