Friday, August 26

Pemenang Hot Cat Merdeka Contest by Catszone!

3:51:00 AM 2 Comments

Maka, berakhirnye contest Catszone malam tadi tepat jam 12 malam. So, kalau korang baca ni, mesti korang tanye kan siape yg menang? Ehem..ehem...bukan nak bangge diri, tapi Alhamdulillah, kuceng kesayangan aku menang! berkat usaha aku berhempas pulas cari undi, mesej segala orang, exchange votes dengan manusia2 yg aku tak kenal, macam-macam ragam aku jumpa, membuahkan hasil la jugak. So, hadiahnye penganjur iaitu Catszone akan post nanti. misteri, aku sindiri pun taktau hadiahnye ape, kena tanya Catszone la yer.
Catszone ni jual barang2 kucing, rantai bentuk kucing (ade rantai kucing titanium cantek sangat2! : untuk tuan kuceng), cat carrier, baju-baju kucing macam-macam fesyen. Aku join pun niat saje-saje, alang-alang aku 24 jam menghadap lappy ni, bukak facebook, cari la keje lain. nak buat keje part time : jangan harap!. mula-mula aku join ni sebab aku nampak orang post pasal kucing dia masuk pertandingan ni. "maaf la ye kalau saya potong line saudari"

ni adalah gambar pemenang dengan tuannya. *muke kucing aku memang bangge sikit*
snap gambar ni malam tadi. sebab Catszone nak bukti kucing ini adelah original =)
ade jugak gambar aku dengan Kristal before ni, tapi gambar aku tak pakai tudung la pulak. sO , kena la snap gambar baru. berhempas pulas aku paksa dia bergambar. susah sangat-sangat. ni pun nasib je. tapi gambar aku la pulak yg huduh sikit. tak kesah la, janji Kristal punya gambar chumel sangat. kebetulan malam tadi Kristal lepak-lepak kat bilik aku. memang dia yang mintak la maknanya tu =P

Alhamdulillah, aku syukur dengan contest yg telah dimenangi oleh kucing aku ni. sebenarnye ramai lagi kucing2 lain yang join sangat-sangat comel. aku mengaku, banyak lagi yg lagi comel dari Kristal ni. tapi mungkin usaha aku paksa kawan-kawan aku vote, tukar vote dengan orang, ade la hasil dengan usaha aku ni.
Owner Catszone pon mesti sangat pening kalau kena jadi judges untuk pertandingan ni. beratus kucing yang join. even dah last minit pun still ade yang semangat nak join. bagus usaha diorang ni. =) ramai sebenarnye pencinta kucing dalam Malaysia ni.


sekian.Wassalam.



Wednesday, August 24

my bOo. ^_^

11:14:00 AM 0 Comments

sekarang, aku dah jadi burung hantu. siang tido, malam berjaga. aku berjaga pun, tah ape-ape je la yang aku buat. bOsan, bace kOmik lame, tengok mOvie kat lappy, tengOk tV sampai lebam-lebam mata aku. serius membosankan.
aku pun tak paham la kalau ade Orang yang bace belOg aku ni. untuk ape je tah la. kesian kOrang kan.

Malam tadi kucing aku, si Kristal tu kena sawan la pulak. masa aku tengah syOK-syok layan mata, tetibe dengar pintu bilik air mak aku berbunyi. tetibe ade mOod pulak nak buat hajat kecik. masa aku dalam jamban tu, mak aku ckp " ain, kristal ni kena sawan ain. "
aku pon jawab "hah!!" . lepas selesai hajat aku tu, aku pun keluar la melawat mangsa sawan tu, si Kristal. kuyup dah dia mak aku basahkan, lencun. kesian kau kan kristal. naseb baik la umur ko ni panjang.
bile dengar cerita mak aku tu kelakar la pulak. tak pasal-pasal aku dengan mak aku berborak sampai la pukul 3 pagi. mak aku semangat sangat cerita pasal masa kristal kena sawan tu. gigil-gigil kat kaki mak aku sampai ke kaki ayah aku. ayah aku pun tak brape sedar.
lepas tu boleh la pulak mak aku tertidur kat ruang tamu tu. dengan aku-aku skali. sampai la ke sahur. lepas sahur aku pun tidO la sampai ke petang. mak aku bebel-bebel pun aku dengar je tapi kenape tah la aku liat nak bangun. siap mimpi aneh-aneh. aku mimpi sembahyang jemaah kat tempat mana tah, yg anehnya, saf lelaki kat belakang saf perempuan? SubhanAllah. aku pun taktau la ape maksud dia. mungkin mainan tido je kOt. (sedapkan hati)

Lepas tu bangun tidO, terus buat kuih. Ouh, tak, aku mandi dulu, then baru buat kuih raya, Tart Gulung! nyum nyum nyum.
aku lah tukang semprit yg paling berkualiti. mak aku dah buat separuh pun masa aku tidO tu (aku memang tak boleh harap sangat, jatuh la saham aku lepas ni). sO sekejap je dah siap la.
sapu kuning telur then bakar. penat tau buat kuih. no wonder la orang jual kuih mahal-mahal. (tapi kalau tak sedap tu tak paya la nak jual mahal sangat kan)

buka ape? sambal udang tempe dengan rojak, lauk singgang. sedap sangat. apa-apa yang mak aku masak semuanya sedap. tak ade satu pun yang tak sedap. serius tau.

sO Okay. sekian. Wassalam.

jadi nak prOmot la Contest yang aku jOin ni.


sile la like beliau ye. =)






Monday, August 22

Result Bilik student UTM dah keluar =.="

4:27:00 PM 1 Comments


Ouh.result utk bilik sem depan dh keluar. aku mmg sedih. tak dapat bilik yg aku idam-idamkan. malah aku dapat pulak bilik yg aku paling tak mau skali, tapi ini semua takdir Tuhan. Allah dah tentukan. mungkin ade hikmah.
aku bukan ape. bilik yg aku dapat tu cantik je. baru jugak cat. bersih. kecil. aku x suka besa2 sgt jugak sbb penat nk sapu. tapi. bilik tu tingkat 1. aras bawah. risiko kne curi tinggi. kipas pulak bukan kipas syiling. kipas dinding je. mungkin panas. aku suka bukak tingkap luas-luas. tak panas sangat. tapi aras bawah ni tak boleh lah buat camtu. banyak nyamuk. bilik depan tandas. aku x suka tandas aras bawah. sebab kecik. semua ni nampaknye aku kena terima.
ade jugak kebaikan dia. bilik aku depan tandas, bermakna depan mesin basuh. tak payah la susah nak angkut kain bagai. nak sidai kain pun senang. dekat gila dengan blok laki. nak ushar ke, dating pun senang =P
tapi nampaknye terpaksa la aku stay, syukur ngan ape yg ada. nak complain banyak-banyak pun, sape la aku ni. menumpang gak kat KTC. sabar je la. lagi setahun je pun. lepas grad macam nak kerja. tengok la rezeki macam mane. panjang umur, murah rezeki, doa-doa cerah la masa depan aku nanti.
kat sini nak buat iklan kejap. sesiapa bebudak KTC yg rasa nak tukar bilik tu inform la kayh~. coz ade seniOr kamu ni nak tukar bilik. saya ni tolong mane yg mampu je. *tapi mesti tak de budak UTM pun yg baca blog aku ni =.="

Sekian. Wassalam.

Wednesday, August 10

Undilah saya! ^_^

4:46:00 PM 0 Comments
hOOoo....
salam semua....

dah macam beskOt belOg ni...kejap update...
kejap x update...
adOooii...cmne nk menang blog of the year ni...
lalala~ *ouh..aku memang perasan x bertempat..


so lately aku ade joined satu contest...
agak poyo la sbb mcm kne promot diri untuk like gamba aku...
tapi sebabkan hadiah dia agak lumayan kalau menang...
unsangkarable la untuk aku join contest sbenanye...

so dengan ini aku megharapkan ihsan korang semua untuk like + promote le org untuk like gamba aku kat facebook...


click dan "LIKE" picture tu.

maka anda dikira vote untuk saya.
dan didahului dgn ucapan terima kasih.
=)



aku tau aku x pandai make up..aku tau aku xde la lawa sangat...
aku tau korang nk kutuk2 aku..
tp aku mintak korang vote..bukan nk cari glamer ke hape...
aku nk hadiah je...
agipun slame ni aku mmg kurang luck sikit...
*kalau ade cabutan bertuah tu mmg prObability nk kena jauh sgt.


hahaha...sengal giler ayat aku...
so..siler le vOte..
jasa kamu sgt dihargai... =)

sekian.terima kasih dari saya.
saya akan menjadi pemimpin yg berwibawa jika kamu mengundi saya.
jadi.undilah saya.!!


Tuesday, August 2

Puasa dengan rePort LI...uHuk2!!

11:13:00 AM 0 Comments
Selamat Menyambut Ramadhan!!! =)

hari ni Dato' JJ dtg MUadzam Shah...
hambOOoooiii....ramai kemain org kat Masjid time aku lalu..
nak duit raye..hehehe...

esOk nak post repoRt LI!!! ahakz!
excited..
ye r...dah berhari-hari aku buat...cm nk gile gak sampai x tido bagai...
finally dah boleh post...aku target nk pos ari ni..tp saje je nk cek2 lagi kot2 ade tertinggal...

sO pagi nnt nak sahur..
aku x ase cm nk tidO plak la..huhuhu~

slamat bersahur nanti ea semuaa!!!

lame sgt da x update belOg manje saye ni!!
Olololo ucuk3!!! =P


Follow Me @farahinesa